Utusan Borneo (Sabah)

Piala Belia: Tambadau buru kemenangan kedua

Sabah lawan Kedah di Stadium Penampang petang ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun Tambadau Sabah, Billyton Vun Kit Ming mahu pemainnya bermain dengan mentaliti kuat sepanjang permainan.

“Kami telah berlatih dengan gigih secara fizikal dan taktikal tetapi saya juga mahu pemain ada kekuatan mental sepanjang permainan.

“Saya harap dapat melihatnya pada pertemuan menentang Kedah di mana kami mengintai kemenangan kedua,” kata Billy ketika dihubungi di sini, Selasa.

Perlawanan Kumpulan B Piala Belia itu akan berlangsun­g di Stadium Penampang dan sepak mula adalah pada jam 4.15 petang.

Billy berkata, dua perlawanan sebelum ini, Sabah lebih awal mendahului tetapi mentaliti pemain tidak cukup kuat untuk mengekalka­n permainan sehingga wisel penamat.

“Bagaimanap­un ada peningkata­n pada perlawanan kedua di mana kita menang 21 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Penampang selepas kalah 1-3 di tangan JDT IV pada perlawanan pertama di tempat lawan.

“Saya harap pemain dapat bermain dengan lebih baik lagi dan menterjema­hkan semua yang dipelajari semasa latihan untuk meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

Billy membayangk­an akan memulakan perlawanan hari ini dengan kesebelasa­n sama sebagaiman­a ketika menentang Negeri Sembilan.

Kesebelasa­n kemungkina­n Sabah: Fahmi Ikhwan Muhamad Azmi, Xsevier Xcico Felex, Mohd Farhan Airil Aziz, Rayner Doliente, Radzee Eqmal Ramli, Mohamad Sahrizan Saidin, Asymawi Sulikin, Johan Mansor, Seherry Aladin, Mohd Faqrul Idris dan Ahmad Irwanto Rusli.

 ??  ?? BILLYTON
BILLYTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia