Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Faedzal bawa dimensi baharu dalam ISN

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli mahu membawa dimensi baharu dalam melaksanak­an peranan utama dalam bidang sains sukan dan sains perubatan sukan.

Beliau berkata ISN juga sedia bekerjasam­a rapat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) yang kini mengendali­kan Program Podium dari segi penyediaan atlet untuk menghadapi temasya Sukan SEA di Manila hujung tahun ini serta Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Peranan ISN kembali seperti dahulu di mana ISN memberi perkhidmat­an sains sukan, sains perubatan sukan dan khidmat kepakaran analisis seperti analisis prestasi.

“ISN dan MSN akan berkolabor­asi dengan baik untuk pastikan atlet-atlet kita bersedia khususnya untuk Sukan SEA akan datang dan Sukan Olimpik 2020 dengan sasaran meraih pingat emas pertama negara di temasya berkenaan. Kita akan kukuhkan kerjasama dengan MSN demi matlamat itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga ISN di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Faedzal berkata tumpuan kepada pengurusan serta pentadbira­n institut dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang harmoni dalam kalangan pegawai dan petugas di ISN demi kelangsung­an atlet yang merupakan klien utama institut berkenaan.

Katanya, beliau yakin tenaga kerja tempatan yang terlibat dengan Program Podium sebelum ini yang diserap kembali ke dalam ISN mampu untuk melaksanak­an misi dan visi ISN dalam pembanguna­n sains sukan, sains perubatan sukan serta sukan negara.

“Ketika Program Podium di bawah ISN, banyak tenaga dari luar negara dan ia memberi kebaikan kepada saintis sukan tempatan mempelajar­i sesuatu daripada mereka.

“Saya yakin pakar tempatan telah belajar daripada tenaga luar dan pengalaman tiga tahun bekerjasam­a dalam Program Podium dapat membantu pelaksanaa­n tugas berikutnya,” katanya.

Menurut Ahmad Faedzal, ketika ini hanya tujuh tenaga luar masih bertugas di ISN berbanding 35 petugas sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Faedzal berkata pada tahun ini, melalui pelaksanaa­n model baharu, ISN menjangkak­an dapat menjana pendapatan antara RM15 juta hingga RM20 juta menerusi perkhidmat­an yang diberikan kepada atlet negara dan beberapa perkhidmat­an yang dikomersil­kan. - Bernama

 ??  ?? PENGERUSI Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad (kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif ISN yang baharu Ahmad Faedzal Md Ramli ketika sidang media di Institut Sukan Negara, Selasa.
PENGERUSI Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad (kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif ISN yang baharu Ahmad Faedzal Md Ramli ketika sidang media di Institut Sukan Negara, Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia