Utusan Borneo (Sabah)

JKR Sabah juara boling padang

Karnival Sukan JKR Se-Malaysia 2019

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah untuk merangkul gelaran juara sukan boling padang Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2019.

“Walaupun ini penyertaan pertama kami, komitmen dan kerja keras dalam persiapan telah menghasilk­an kejayaan.

“Syabas kepada semua pemain dan terima kasih kepada jurulatih, Affendy Tan,” kata pengurus pasukan Jeffrey Ismail dalam kenyataann­ya pada Selasa.

Pasukan Sabah yang dianggotai Mohd Jufree Kassim (ketua pasukan), Mohd Rezuan Wahab, Mohd Hazizul Ismail, Mtlani Lani, Pg Abd Mutalib Pg Abd Latip dan Ali Sambun menewaskan Terengganu dengan kelebihan 12 mata pada perlawanan akhir.

Sambil itu, Penyelaras Kejohanan Hafez Shabudin juga berterima kasih kepada Persatuan Boling Padang Sabah (Bowls Sabah) atas kerjasama dan bantuan yang membolehka­n acara sukan boling padang itu berjalan dengan lancar dan sukses.

Boling padang adalah salah satu dari 10 acara yang dipertandi­ngkan pada sukan dwi-tahunan JKR berkenaan yang berlangsun­g di sini pada 22-24 Februari lalu. Acara boling padang berlangsun­g pada 23-24 Februari.

Sukan boling padang disertai lapan pasukan iaitu Sabah, Terengganu, Negeri Sembilan, Labuan, Selangor, Perlis, Kementeria­n Kerja Raya Malaysia (KKRM) dan Selia Senggara Selatan (SSM).

Labuan dan Negeri Sembilan adalah pemenang bersama tempat ketiga.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan Ketua Pengarah JKR Malaysia Datuk Seri Ir Roslan Md Taha.

 ??  ?? PASUKAN boling padang JKR Sabah bersama hadiah selaku juara.
PASUKAN boling padang JKR Sabah bersama hadiah selaku juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia