Utusan Borneo (Sabah)

Operasi feri digantung sementara sehingga siasatan selesai

Sehingga siasatan selesai berkaitan kebakaran feri pada Isnin

-

ALOR SETAR:Semua operasi perkhidmat­an feri penumpang milik syarikat Dragon Star Shipping Sdn Bhd digantung sertamerta sehingga selesai siasatan berhubung kebakaran membabitka­n sebuah daripada ferinya, pada Isnin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkut­an dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata arahan penggantun­gan itu bagi membolehka­n pihak Jabatan Laut melakukan siasatan terperinci untuk mencari punca sebenar kebakaran.

“Ini merupakan kali kedua syarikat itu digantung operasinya dan siasatan forensik mengambil masa tiga hingga empat hari. Kita juga akan lihat sama ada syarikat itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini, pada Selasa.

Beliau berkata kali pertama operasi syarikat itu digantung selama sebulan pada Oktober tahun lalu selepas ferinya terkandas selama lapan jam di tengah laut ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.

“Kita (Kerajaan negeri) mengambil kira semua laporan dan aduan yang dibuat oleh penumpang terhadap feri itu termasuk terhidu bau minyak enjin dan kalau dakwaan itu benar, kita tidak teragak untuk sarankan kepada Kementeria­n Pengangkut­an supaya menghentik­an terus operasi syarikat itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang Isnin, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas selepas feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis sebelum diselamatk­an oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan.

Ditanya mengenai dakwaan penumpang bahawa jaket keselamata­n tidak mencukupi semasa kejadian, Azman berkata perkara itu tidak benar kerana semua jaket keselamata­n sudah diletakkan di bawah tempat duduk penumpang.

Sementara itu, Pegawai Laut Jabatan Laut Langkawi, Ghadzali Ahmad berkata pihaknya

“Ini merupakan kali kedua syarikat itu digantung operasinya dan siasatan forensik mengambil masa tiga hingga empat hari. Kita juga akan lihat sama ada syarikat itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ” AZMAN NASRUDIN

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkut­an dan Industri Utama Negeri

juga telah melakukan pemeriksaa­n keselamata­n secara berkala terhadap feri yang berusia 28 tahun itu, sebelum membenarka­n feri tersebut membawa penumpang.

“Sebelum feri berlepas, kita tidak menerima sebarang makluman bahawa feri tersebut berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pemeriksaa­n dokumentas­i juga dilakukan dan feri berada dalam keadaan baik untuk berlepas,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, sudah tiba masanya Jabatan Laut dan agensi berkaitan mengubah SOP perkhidmat­an feri.

“Apa yang jadi pada Isnin merupakan petanda awal, jadi sudah tiba masa SOP termasuk menetapkan usia penggunaan sesebuah feri itu dilihat, dikaji dan diubah bagi mengelak kejadian seperti ini berulang kerana ia melibatkan keselamata­n penumpang,” katanya.- Bernama

 ??  ?? AZMAN (tengah) bersama Pegawai Laut Langkawi Ghazali Ahmad (kanan) mengadakan sidang media di Wisma Darul Aman pada Selasa mengenai Feri Dragon yang terbakar di Langkawi pada Isnin. -Gambar Bernama
AZMAN (tengah) bersama Pegawai Laut Langkawi Ghazali Ahmad (kanan) mengadakan sidang media di Wisma Darul Aman pada Selasa mengenai Feri Dragon yang terbakar di Langkawi pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia