Utusan Borneo (Sabah)

Belia bersama komuniti

Mahasiswa UMS jalin hubungan dengan penduduk di Limbang Sarawak

-

SERAMAI 29 pelajar Program Pembanguna­n Belia dan Komuniti Universiti Malaysia Sabah (UMS) terlibat dengan aktiviti kemasyarak­atan di Rumah Panjang 1 Kuala Medalam Limbang Sarawak baru-baru ini.

Ketua Program Pembanguna­n Belia dan Komuniti Prof. Madya Dr. Balan Rathakrish­nan berkata, program berkenaan dijalankan sebagai pendedahan kepada pelajar dengan aktiviti melibatkan komuniti.

Pada masa sama katanya, ia dapat menjalin hubungan baik di antara mahasiswa UMS dengan penduduk di kampung berkenaan.

“Menerusi program ini, ia dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan semangat cintakan ilmu kepada anak-anak peneroka.

“Ia juga menerapkan nilai-nilai murni dalam dalam diri mahasiswa UMS serta penduduk kampung termasukla­h sifat amanah, tolong-menolong dan cintakan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata, antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsun­g termasukla­h pembahagia­n keluarga angkat, pertanding­an mewarna, melukis mural di prasekolah, merentas desa, The Voice bersama penduduk, malam kebudayaan, dan persembaha­n bersama keluarga angkat.

Majlis penutupan program itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Limbang Sarawak Hasbi Habibollah.

Pensyarah Program Pembanguna­n Belia dan Komuniti UMS Dr. Gerrude C. Ah Gang @ Grace dan Ben Anderson Melai turut serta dalam program berkenaan.

“Menerusi program ini, ia dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan semangat cintakan ilmu kepada anak-anak peneroka. Ia juga menerapkan nilai-nilai murni dalam dalam diri mahasiswa UMS serta penduduk kampung termasukla­h sifat amanah, tolong-menolong dan cintakan alam sekitar. ” PROF. MADYA DR. BALAN RATHAKRISH­NAN Ketua Program Pembanguna­n Belia dan Komuniti

 ??  ?? PELAJAR sekolah antara yang terlibat dalam program berkenaan.
PELAJAR sekolah antara yang terlibat dalam program berkenaan.
 ??  ?? PESERTA dan penduduk kampung yang menjayakan Program Kemasyarak­atan Belia dan Komuniti.
PESERTA dan penduduk kampung yang menjayakan Program Kemasyarak­atan Belia dan Komuniti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia