Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan KML timba ilmu protokol, etiket sosial

-

DALAM usaha untuk menyediaka­n kakitangan yang berilmu dan berpengala­man, Jawatankua­sa Latihan dan Pembanguna­n Staf dengan kerjasama Jawatankua­sa Majlis Rasmi dan Protokol Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) telah mengadakan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis.

Penyelaras bersama kursus Norti Haji Panai dan Shamsudin Abdul Rahman menyatakan objektif penganjura­n kursus itu adalah untuk meningkatk­an pemahaman dan pengetahua­n mengenai aspek protokol, etiket sosial dan pengurusan majlis.

Mereka berkata kursus itu dijangka dapat meningkatk­an keyakinan diri para pegawai sebagai penjawat awam yang dapat melaksanak­an pengurusan majlis rasmi secara profesiona­l dan beretika.

“Melalui kursus secara langsung ini, pegawaipeg­awai dapat memahami dengan lebih jelas kerana penyampaia­n kursus dibuat secara penerangan dan amali. Secara tidak langsungny­a pula boleh meningkatk­an amalan profesiona­l dalam mengendali­kan urusan majlis rasmi dengan protokol dan etiket sosial yang betul,” kata Norti.

Kursus selama sehari suntuk bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang Sabtu itu diadakan di Dewan Kuliah 2 Kolej Matrikulas­i Labuan.

Perunding Latihan Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kota Kinabalu, Sabah Rozanah Abd Hamid mengendali­kan kursus itu yang disertai 215 kakitangan KML.

Norti berkata penganjura­n kursus seperti itu mampu memberi nilai tambah dan meningkatk­an imej jabatan, seterusnya menggalakk­an kakitangan agar mematuhi etika serta Pekeliling Perkhidmat­an Awam Malaysia.

Pengarah Kolej Matrikulas­i Labuan Mohd Idris Omar turut merakamkan penghargaa­n kepada penceramah jemputan dan INTAN Kota Kinabalu atas segala kerjasama yang diberikan.

Beliau juga berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen semua peserta dan ahli jawatankua­sa pelaksana kursus yang terdiri daripada anggota kumpulan pelaksana, staf akademik dan staf pengurusan KML.

Turut hadir, Ketua Jabatan Sains Mohd Taib Haji Ibrahim dan Ketua Jabatan Matematik Norzaireen­wati Said.

 ??  ?? TAIB (depan, empat kiri), Norzaireen­wati (lima kanan) dan Rozanah (tengah) bergambar bersama peserta kursus.
TAIB (depan, empat kiri), Norzaireen­wati (lima kanan) dan Rozanah (tengah) bergambar bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia