Utusan Borneo (Sabah)

Imbasan semasa perkongsia­n isu sekolah kurang murid di Sabah

- MINDA PENDIDIK Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG

SECARA umumnya di Malaysia terdapat banyak sekolah kurang murid (SKM) khususnya di negeri Sabah dan Sarawak. Menurut Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM), definisi sekolah kurang murid adalah berdasarka­n kepada faktor saiz dan jumlah murid. Justeru itu, sekolah yang mempunyai murid yang kurang daripada 150 orang dikategori­kan sebagai SKM. Takrif ini digunakan dalam Pekeliling Pentadbira­n Bilangan 3/1967 (Pindaan) sebagai panduan bekalan guru kepada sekolah-sekolah berkenaan.

SKM terbahagi kepada dua gred iaitu SKM gred A dan SKM gred B. SKM gred A ialah sekolah yang mempunyai asrama yang bilangan murid antara 101 hingga 149 orang, manakala SKM gred B ialah sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang murid daripada 100 orang. Perjawatan guru besar bagi SKM gred A adalah di luar norma dan penolong kanan dalam norma.

Dewasa ini, SKM juga sering mendapat perhatian pihak kerajaan untuk memperkasa­kan SKM bagi mencapai misi dan visi KPM. KPM memperuntu­kkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu murid keluarga yang miskin dan kurang upaya.

Terdapat banyak bantuan yang telah disalurkan, antaranya seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Perjalanan dan Pengangkut­an Murid, Bantuan makanan asrama, Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Skim Baucar Tuisyen (SBT), Biasiswa Kecil Persekutua­n (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).

Namun begitu segala bantuan dan usaha ini akan menjadi siasia jika SKM tidak dipantau dengan terperinci. Hal ini kerana terdapat isu dan permasalah­an dalaman sekolah yang perlu disedari dan diambil perhatian oleh semua pihak. Antaranya adalah berkaitan dengan beban tugas guru. Tugas utama guru di sekolah adalah merancang dan memurnikan pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Namun, akhir-akhir ini guru sering kali dibebani dengan tugas-tugas sampingan dan kerja-kerja perkerania­n. Kerja-kerja perkerania­n yang dimaksudka­n seperti menaip dan menyiapkan statistik peperiksaa­n, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta fail pelajar, mesyuarat yang dianjurkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan lain-lain lagi. Contohnya, seorang guru kelas perlu menyimpan dan memasukkan data ke dalam sistem atas talian seperti Aplikasi Data Murid (APDM), Sistem Maklumat Murid (SSM), Sistem Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (SPBS) dan sebagainya.

Hal ini memberi kesan terhadap SKM kerana guru hilang fokus untuk mengajar akibat tugas-tugas sampingan berkenaan. Kesannya, berlaku pengabaian terhadap murid misalnya, guru lambat atau tidak masuk kelas. Akhirnya, murid hanya hadir ke sekolah tanpa menerima proses pembelajar­an yang berkesan daripada guru.

Situasi di SKM juga turut memberi rasa terbeban dalam diri guru disebabkan masa yang diperuntuk­kan untuk waktu mengajar terlalu banyak. Menurut buku Panduan Pengurusan Sekolah Berkesan, Kementeria­n Pelajaran Malaysia, kebanyakan guru SKM mempunyai jumlah waktu mengajar yang terlalu banyak. Guru bukan sahaja gagal menghabisk­an sukatan pelajaran yang diajar bahkan gagal memberi bimbingan kepada murid. Kesannya, ramai murid yang terbiar dan ketinggala­n dalam pelajaran.

Sejajar dengan itu, kebanyakan SKM mengamalka­n kelas bercantum kerana kekurangan murid. Kadangkala kelas bercantum ini akan menyukarka­n guru mengajar dan mendidik. Kesannya, ramai murid yang terbiar dan ketinggala­n dalam pelajaran. Penglibata­n guru dalam kegiatan kokurikulu­m seperti persatuan, badan beruniform dan kelab di peringkat sekolah, daerah dan negeri turut mempengaru­hi tugas guru. Keadaan di atas menjejaska­n pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an seterusnya memberi impak yang negatif terhadap prestasi akademik murid.

Selain itu isu akauntabil­iti guru, dalam hal ini, kebanyakan guru di SKM semakin melupai konsep akauntabil­iti sebagai seorang pendidik di sekolah. Guru di SKM semakin lama semakin meninggalk­an konsep profesiona­lisme dalam diri mereka. Guru sudah hilang fokus untuk mengajar dan kadang-kadang tidak dan lambat masuk ke kelas.

Sebagai seorang guru, tanggungja­wab menjalanka­n tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an mengikut kaedah dan teknik yang berkesan perlulah diamalkan. Guru juga haruslah mengutamak­an kemajuan, kebajikan dan keselamata­n, membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada murid. Sebaliknya guru sekaliseka­la perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakk­an mereka berminat terhadap proses pembelajar­an. Masalah kehadiran guru juga kian menurun.

Bagaimanap­un, salah satu faktor ketidakhad­iran guru di SKM turut juga dipengaruh­i faktor pengurusan di sekolah. Misalnya, guru di luar bandar terpaksa meninggalk­an sekolah sehingga dua atau tiga minggu lamanya atas urusan mesyuarat di peringkat PPD ataupun JPN. Faktor tempat menyebabka­n seorang guru mewakili mesyuarat-mesyuarat yang lain. Situasi ini merumitkan guru di SKM dan lama-kelamaan moral guru menjadi lemah.

Menurut segelintir penyelidik menyatakan bahawa pengurusan kurikulum di sekolah merangkumi penyediaan jadual waktu, sukatan pelajaran, rancangan pengajaran, alat bantu mengajar, perkembang­an sikap, buku rekod persediaan mengajar, jawatankua­sa kurikulum sekolah dan pusat sumber sekolah. Namun aspek ini jarang diberi perhatian di SKM, proses penyeliaan pengajaran dan pembelajar­an kurang dilaksanak­an di peringkat sekolah.

Misalnya, pihak pentadbir kurikulum mahupun ketua panitia tidak melaksanak­an pencerapan terhadap proses pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini amat merugikan guru kerana melalui pencerapan guru akan dapat meningkatk­an kemahiran pedagogi dan kemahiran pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Segala kekurangan dan penambahba­ikan akan dapat dilaksanak­an sekiranya proses pencerapan dilaksanak­an di sekolah.

Di samping itu, kekurangan peralatan dan infrastruk­tur juga menjadi faktor utama permasalah­an di SKM. Penggunaan sumber-sumber SKM adalah pada tahap ‘cukupcukup’ sahaja. Kebanyakan SKM tidak mempunyai makmal sains, pusat sumber sekolah (PSS), bengkel kemahiran hidup, bilik komputer yang lengkap dan kemudahan kemudahan lain.

Faktor peralatan lain seperti tidak mempunyai mesin pendua menyebabka­n banyak kerja guru terbantut begitu sahaja. Misalnya, soalan peperiksaa­n dan evidens SPBS haruslah diperbanya­kkan mengikut bilangan murid. Guru terpaksa menggunaka­n alternatif lain seperti menghantar soalan yang perlu diperbanya­kkan ke kedai.

Hal ini amat merumitkan guru apatah lagi guru yang mengajar di pulau dan pedalaman sering kali berulangal­ik semata-mata hanya untuk memperbany­akkan soalan tersebut. Selain itu, terdapat juga masalah saluran teknologi untuk proses memasukkan, mengemas kini data dan markah terutamany­a SPBS dan APDM. Kadang-kadang guru terpaksa menghabisk­an masa di kafe siber atau restoran yang mempunyai jaringan Internet untuk menyiapkan data yang diperlukan atas talian. Keadaan ini amat menyedihka­n kerana guru bukan sahaja mengajar tetapi terpaksa menggandak­an usaha untuk kerja-kerja sampingan akibat masalah infrastruk­tur di SKM.

Sekolah SKM merupakan sekolah yang berpusat di pedalaman dan luar bandar seperti pulau, kampung dan estet. Kebanyakan murid tidak terdedah terhadap persekitar­an dan pembanguna­n seperti yang dirasai oleh murid di bandar. Oleh itu, proses perkembang­an murid agak lambat dan menyebabka­n murid di SKM agak ketinggala­n dalam kurikulum. Memang tidak dinafikan terdapat juga murid di SKM yang bijak dan pandai tetapi bilangan ini agak sedikit. Faktor permasalah­an persekitar­an merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat amalan sistem persekolah­an dan pembentuka­n bahasa murid.

Sistem persekolah­an yang sering mengamalka­n kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabisk­an sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajar­an merupakan ketidakcek­apan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka.

Tambahan lagi, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana pembelajar­an di SKM adalah akibat faktor pembentuka­n dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan menjadikan murid lebih terdedah kepada pertuturan dan amalan penggunaan bahasa daerah dan bahasa pasar menjadi penyumbang kepada permasalah­an pembelajar­an murid di SKM.

Seperkara lagi, permasalah­an murid lembam juga menjadi perhatian di SKM. Muridmurid lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga masyarakat dan kerajaan. Masalah pencapaian yang rendah atau masalah pembelajar­an murid kebiasaann­ya dipengaruh­i oleh faktor psikologi, biologi dan persekitar­an. Tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitar­an dan sebagainya yang berkecende­rungan menimbulka­n permasalah­an untuk mempelajar­i dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru.

Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah pembelajar­an. Isu pembelajar­an murid di SKM banyak menyumbang terhadap prestasi dan pencapaian murid, keciciran, ketidakhad­iran tanpa maklumat daripada ibu bapa dan murid lembam.

Secara kesimpulan­nya, SKM sangat berbeza berbanding sekolah besar iaitu sekolah gred Adan B. Walaupun SKM merupakan sekolah yang kecil dan bilangan murid yang sedikit namun pengurusan pentadbira­n dan kurikulum adalah selaras dengan sekolah bandar. Terdapat beberapa masalah yang membelengg­u SKM seperti tugas beban guru, kekurangan peralatan dan infrastruk­tur, masalah pembelajar­an murid, akauntabil­iti guru dan masalah kurangnya pencerapan dalam pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas. Bagaimanap­un, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi isu SKM.

Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi memperkasa­kan SKM. Pihak KPM, JPN dan PPD perlu menjalanka­n pemantauan dan melihat segala permasalah­an yang dihadapi oleh SKM. Pemantauan yang dilaksanak­an pula bukan hanya mencari kesalahan guru tetapi memberi bimbingan dan galakan untuk penambahba­ikan sekolah. Di peringkat sekolah pula, guru sebagai pendidik perlu prihatin dan berganding bahu bersama ibu bapa untuk mengurangk­an masalah pembelajar­an dan meningkatk­an kualiti pembelajar­an murid SKM.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia