Utusan Borneo (Sabah)

Mansuh tol: PPJK percaya k’jaan PH berusaha tunai janji pilihan raya

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK) akur bahawa kerajaan masih belum berupaya sepenuhnya untuk memansuhka­n tol namun percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berusaha untuk menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum lalu.

Pengerusi PPJK, Mohammad Hisham Shafie berkata pengguna perlu bersabar kerana memang mustahil langkah pemansuhan tol itu dapat dilaksanak­an segera tanpa mengkaji kesan jangka panjang kepada ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah kerajaan memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

“Bukan mudah untuk ambil alih konsesi empat lebuh raya itu dalam keadaan ekonomi sekarang, namun rakyat mengharap apa yang dijanjikan ketika PRU dapat ditunaikan. Ini bagi mengurangk­an beban rakyat berhadapan kos sara hidup yang tinggi,” katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam Isnin.

Sementara itu, menyentuh cadangan memansuhka­n kutipan tol di antara 11 malam hingga 5 pagi di keempat-empat lebuh raya itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berkata ia tetap akan memberi manfaat walaupun tidak semua orang dapat menikmatin­ya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia