Utusan Borneo (Sabah)

Ops Rabies Sarawak: Dilancarka­n mulai 1 Mac bagi memerangi wabak rabies

-

KUCHING: Kerajaan Negeri kini bersiap sedia untuk melancarka­n “Ops Rabies Sarawak” mulai 1 Mac ini bagi memerangi wabak Rabies atau penyakit anjing gila.

Ops Rabies Sarawak adalah projek perintis dalam usaha membantera­s Rabies setelah wabak itu diisytihar­kan sebagai Bencana Tahap II dan berlaku melebihi dari satu daerah di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, operasi yang bermula di daerah Lundu dan Bau akan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku Komender Operasi.

“Operasi kali ini kita menyasarka­n untuk vaksinkan 100 peratus anjing di kawasan itu dan menangkap anjing liar yang berkeliara­n dengan bantuan beberapa agensi yang terlibat.

“Sudah tiba masanya kita memerangi wabak Rabies ini secara berhabis-habisan, setelah operasi pertama ini berjaya nanti, kita akan beralih ke daerah yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Operasi Pembantera­san Rabies di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Selasa.

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, juga mahu ketua kampung serta penduduk di kawasan berkenaan memberi kerjasama sepanjang operasi itu.

“Pastikan anjing pelihara disimpan di dalam kawasan atau rumah masing-masing bagi membolehka­n pihak berkuasa mengenal pasti anjing liar yang berkeliara­n di kawasan itu dapat ditangkap.

“Pemilik anjing juga tidak dibenarkan untuk membawa keluar anjing pelihara daripada kawasan operasi.” katanya.

Setakat ini, 80 peratus anjing di daerah Lundu dan Bau telah divaksinas­ikan, manakala jumlah kesuluruha­n anjing yang telah divaksinka­n di seluruh Sarawak adalah 121,141 anjing.

“Kita mahu menyasarka­n sekurang-kurangnya 70 peratus anjing di seluruh Sarawak ini divaksinka­n agar Sarawak bebas daripada wabak Rabies,” katanya.

Setakat Feb ini, 27 kes yang melibatkan anjing positif Rabies telah dicatatkan, Sarikei, Miri, Siburan masingmasi­ng dua kes, Kuching (11 kes), Bau , Samarahan, Bintulu masing-masing tiga kes dan Simunjan satu kes.

Antara agensi yang turut terlibat dalam Ops Rabies Sarawak yang beroperasi selama 10 hari itu adalah, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia