Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan bina klinik kesihatan baharu, satu perkembang­an baik: Aiman

-

SEMENYIH: Cadangan kerajaan untuk membina satu lagi klinik kesihatan di Semenyih dilihat sebagai permulaan yang baik untuk kemudahan yang lebih besar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Sehubungan itu, cadangan berkenaan disambut baik oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Beliau, yang memperjuan­gkan pembinaan sebuah hospital di Semenyih dalam kempennya berikutan isu itu paling banyak diutarakan penduduk setempat, berkata cadangan itu satu perkembang­an baik untuk penduduk di Semenyih.

“Itu perkara baik (bina satu lagi klinik kesihatan) dan bukti kerajaan mendengar suara rakyat, mungkin bermula dengan klinik, ada peluang kita cuba ketengahka­n sehingga ia (bina hospital) dilaksanak­an, Kita tetap akan perjuangka­nnya (bina hospital), kerana ia keperluan rakyat Semenyih,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di sini, pada Selasa.

Malam Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangk­an pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih, sebagai tambahan kepada dua klinik kesihatan sedia ada, bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik. Dzulkefly berkata cadangan itu sebagai penambahan kepada usaha menambah fasiliti di dua klinik kesihatan sedia ada di pekan Semenyih dan Beranang yang telah lama dan uzur.

Ketika ditanya mengenai kelewatann­ya meninjau proses pengundian awal itu walaupun beliau dimaklumka­n sepatutnya hadir pukul 9.00 pagi, Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaska­n beliau dihalang masuk oleh anggota keselamata­n polis berikutan kegagalann­ya mempamerka­n pas calon.

“Saya sudah sampai di pintu utama pukul 8.50 pagi ini, tapi sebab saya tidak bawa pas (calon) polis tidak benarkan saya masuk ke pusat undi awal.

“Pas saya tertinggal dalam sebuah kereta lain yang sudah bergerak ke Kuala Lumpur dan terpaksa tunggu sehingga pas dihantar semula kepada saya,” katanya.

Walaupun dihalang polis, namun Muhammad Aiman memuji tindakan itu kerana ia mempamerka­n ketelusan pihak berkuasa.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia