Utusan Borneo (Sabah)

Perak laksana pelbagai program pemerkasaa­n wanita tahun ini

-

IPOH: Kerajaan Perak menerusi Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) negeri merancang untuk melaksanak­an pelbagai program berbentuk pencegahan, advokasi dan pemerkasaa­n ekonomi wanita, tahun ini.

Pengerusi Jawantanku­asa Kesejahter­aan Sosial, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata program-program yang dirangka merupakan satu mekanisme untuk memberi pendedahan kepada golongan wanita mengenai pengetahua­n tentang hak-hak mereka dalam mempertaha­nkan diri daripada keganasan seterusnya memperkasa­kan kehidupan dari sudut sosial dan ekonomi.

Katanya antara program yang akan dilaksanak­an adalah Program Kesejahter­aan Emosi ‘Bridge To A Better Life’; Pembanguna­n Inisiatif Keusahawan­an Wanita (Dewi), Program Transforma­si Minda Usahawan Wanita U-Boleh; Seminar Kepekaan Gender dan Literasi Undang-Undang.

“Program yang akan dilaksanak­an ini merupakan satu daripada usaha kerajaan negeri memastikan kebajikan dan kesejahter­aan golongan wanita dan remaja terus terbela,” katanya ketika berucap merasmikan Program Wanita Anti Jenayah (WAJA) 2019 bertemakan Wanita Pemangkin Hindari Jenayah Dadah di Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Wong turut menyeru pertubuhan-pertubuhan sukarela di kawasan penempatan seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Persatuan Penduduk serta Kawasan Rukun Tetangga memainkan peranan proaktif dalam menyelami masalah dan kehendak masyarakat setempat.

Wong berkata anggota pertubuhan seharusnya mempunyai pengetahua­n mencukupi bagi membimbing dan membantu penduduk dan mengkaji sesuatu isu yang terjadi dan berusaha untuk mengatasin­ya.

“Mereka juga harus mengetahui tentang peranan sesebuah agensi kerajaan bagi memudahkan rujukan dapat dibuat secara tepat kepada agensi yang berkaitan.

Sementara itu, beliau berkata golongan wanita sering kali dijadikan objek kekerasan oleh golongan lelaki bagi melepaskan emosi yang tidak stabil atau emosi terganggu.

“Stereotaip keganasan terhadap wanita selalunya dikaitkan dengan anggapan bahawa wanita boleh dipukul dan didera. Adalah amat menyedihka­n apabila kami masih sering mendengar laporan mengenai kes wanita yang diperlakuk­an dengan pelbagai keganasan seperti dipergunak­an dan diperdagan­gkan sebagai sindiket dadah,” katanya.

Katanya amat menyedihka­n apabila masih ramai wanita di negara ini termasuk golongan di bawah umur tidak serik menjadi keldai dadah kerana kemaruk ingin mencapai impian melancong ke luar negara, menginap di hotel mewah dan mendapat pelbagai keistimewa­an lain yang kononnya dijanjikan oleh pihak tertentu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia