Utusan Borneo (Sabah)

Penyeludup­an rokok tumpas

KDRM Sarawak rampas 71,750 karton rokok pelbagai jenama melibatkan cukai bernilai RM8,675,510

-

MIRI: Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sarawak berjaya menumpas penyeludup­an rokok terbesar setakat ini dengan merampas 71,750 karton rokok pelbagai jenama melibatkan cukai bernilai RM8,675,510.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha ketika mengesahka­n rampasan itu, berkata KDRM mematahkan cubaan menyeludup rokok ke negeri ini yang dimuatkan dalam dua kontena import dari Vietnam menggunaka­n jalan laut pada 22 Februari lalu.

“Hasil maklumat diperolehi, sepasukan anggota penguatkua­saan KDRM Bintulu dan Miri menahan dua kontena di Pelabuhan Baram, Miri untuk pemeriksaa­n rapi.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kedua-dua kontena itu kita menjumpai sebanyak 71,750 karton rokok putih pelbagai jenama bersamaan dengan 13,036,000 batang rokok melibatkan duti dan cukai sejumlah RM8,675,510.00 dan 2,036 kilogram ‘Dried Rice Noodle’,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

Menurut Sharifah Halimah, penyeludup menggunaka­n modus operandi dengan mengikrark­an muatan kontena-kontena tersebut diimport dari Vietnam melalui manifest import sebagai ‘Rice Noodle’ bagi mengeliruk­an pihak berkuasa.

“Kita mendapati pengimport atas nama syarikat yang diragui kewujudann­ya membawa masuk dagangan import melalui Pelabuhan Bintulu dan dipindah ke kapal untuk dibawa ke Miri,” jelas beliau.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan pesalah boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut manamana amaun lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam memberi kerjasama dan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dadah dan lain-lain barang larangan seperti rokok, minuman keras dan mercun kepada pihak berkuasa serta KDRM.

Orang ramai boleh menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800-888855 atau talian terus Ibu Pejabat KDRM Sarawak di talian 082-472133 atau mana-mana Pejabat Kastam berhampira­n.

“Penyeludup menggunaka­n modus operandi dengan mengikrark­an muatan kontenakon­tena tersebut diimport dari Vietnam melalui manifest import sebagai ‘Rice Noodle’ bagi mengeliruk­an pihak berkuasa.” DATUK S H ARIF A H HALIM A H TUANKU TAHA Pengarah Kastam Negeri Sarawak

 ??  ?? ANTARA rokok putih pelbagai jenama dirampas pihak penguatkua­saan KDRM Miri dan Bintulu yang dimuatkan ke dalam dua kontena.
ANTARA rokok putih pelbagai jenama dirampas pihak penguatkua­saan KDRM Miri dan Bintulu yang dimuatkan ke dalam dua kontena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia