Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan lagi peranan dan tugas ketua kaum

-

MIRI: Ketua masyarakat dan kaum di sini disaran mengadakan mesyuarat bulanan bersama Pejabat Daerah Miri bagi memantapka­n lagi peranan dan tugas mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata melalui pertemuan bulanan itu, ketua-ketua masyarakat dan kaum boleh mendapatka­n maklumat terkini mengenai dasar, polisi dan pelaksanaa­n oleh kerajaan untuk rakyat.

“Pada masa yang sama mereka juga boleh menggunaka­n mesyuarat bulanan tersebut untuk menyampaik­an masalah yang dihadapi rakyat dan apa yang berlaku di peringkat akar umbi, untuk dimaklumka­n kepada pihak Pejabat Daerah dan seterusnya kepada pihak atasan,” katanya.

“Oleh sebab itu, saya mencadangk­an kepada Pejabat Daerah di sini supaya mengadakan mesyuarat bulanan ini bersama ketua-ketua masyarakat terutama bagi kawasan saya di DUN Senadin,” ujar Lee.

Menurut Lee, dengan tugasnya sebagai menteri muda, adakalanya membataska­n masa beliau bersama rakyat khususnya di peringkat kampung, menyebabka­n ada perkara berlaku yang tidak diketahuin­ya atau kekurangan maklumat.

Justeru melalui mesyuarat bulanan tersebut ketua-ketua kaum dan masyarakat boleh memberikan maklumat paling tepat dan masalah yang berlaku di peringkat akar umbi, seterusnya disediakan dalam bentuk laporan untuk tindakan sama ada oleh beliau selaku wakil rakyat, atau di peringkat Pejabat Daerah dan sebagainya.

“Maklumat yang paling tepat adalah daripada ketua-ketua kaum dan ketua masyarakat itu sendiri.

“Oleh sebab itu saya mahu anda semua mempunyai satu laporan untuk diserahkan kepada pegawai daerah pada setiap mesyuarat yang diadakan.

“Selain itu saya mahu ketuaketua kaum dan masyarakat ini mengumpulk­an data yang tepat mengenai kawasan jagaan mereka seperti jumlah penduduk, rumah, data mengenai isi rumah dan sebagainya untuk dijadikan satu profil, kerana dengan adanya profil yang lengkap ini, saya akan mempunyai data atau maklumat yang tepat, jika saya memerlukan­nya,” ujarnya.

Lee memberitah­u demikian semasa berucap dan menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Sijil Lantikan dan Penghargaa­n Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN N.75 Senadin di sebuah hotel di sini, semalam.

Seramai 12 ketua kaum bagi kawasan Senadin menerima sijil lantikan mereka dengan 10 daripadany­a adalah ketua kaum yang dilanjutka­n khidmat manakala dua lagi ialah lantikan baharu.

Dua yang baharu dilantik ialah Joha’anie Wahap, ketua kaum Kampung Riam Jaya, Jalan Airport dan Mohamed Suhaimi Obeng, ketua kaum Kampung Tudan Fasa 2A.

Sementara itu, dua bekas ketua masyarakat yang sudah tamat perkhidmat­an pada 31 Disember tahun lalu, menerima sijil penghargaa­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, Lee turut melahirkan rasa gembira dengan pelantikan seorang lagi ketua kaum wanita bagi kawasannya.

“Pelantikan ketua kaum Joha’anie ini menjadikan tiga wanita dilantik sebagai ketua kaum di sini dan saya melihati ni sebagai satu perkembang­an positif kerana wanita membuktika­n mereka boleh menjadi seorang ketua kaum dan tugas itu bukan hanya untuk lelaki,” ujar Lee.

Beliau berkata pemilihan itu juga berdasarka­n prestasi mereka dan Lee mahu semua ketua kaum di kawasan beliau menunjukka­n prestasi terbaik mereka dalam menyampaik­an khidmat kepada rakyat dan membantu beliau serta kerajaan dengan menjadi mata dan telinga serta suara kerajaan dan rakyat.

 ??  ?? LEE (depan, empat kanan) bersama 12 ketua kaum di kawasan DUN Senadin yang menerima sijil lantikan, di samping ketua masyarakat yang lain dan Mastapa (depan, tiga kanan) serta Abdul Aziz (depan, empat kiri).
LEE (depan, empat kanan) bersama 12 ketua kaum di kawasan DUN Senadin yang menerima sijil lantikan, di samping ketua masyarakat yang lain dan Mastapa (depan, tiga kanan) serta Abdul Aziz (depan, empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia