Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak akan bekerjasam­a dalam pengisytih­aran aset

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memberi kerjasama penuh kepada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) bagi pengisytih­aran aset.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Timbalan Pesuruhjay­a Razim Mohd Noor sangat gembira apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi respons yang baik kepada langkah itu.

“Maklum balas yang baik daripada YAB Ketua Menteri untuk melaksanak­an inisiatif GIACC, iaitu pengisytih­aran aset,” katanya kepada The Borneo Post pada Isnin.

GIACC diketuai Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Difahamkan, Ahli Parlimen Beruas (DAP) Ngeh Koo Ham telah diisytihar­kan mempunyai jumlah aset tertinggi iaitu sebanyak RM75 juta diikuti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM32 juta manakala Menteri Pembanguna­n Keusahawan­an Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebanyak RM23 juta.

Pengisytih­aran aset oleh menterimen­teri kerajaan persekutaa­n dan timbalanny­a bukan suatu yang baharu dan biasanya maklumat ini hanya untuk pengetahua­n Pejabat Perdana Menteri.

Dr Mahathir baru-baru ini mengumumka­n laporan pengisytih­aran aset akan diserahkan kepadanya tetapi laporan akan diserahkan kepada agensi-agensi berkaitan rasuah untuk disimpan.

Razim yang melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri semalam di Wisma Bapa Malaysia di sini juga mendedahka­n sehingga kini, Sarawak mempunyai 10 Pegawai Integriti Bertauliah dan 43 lagi sedang mengikuti latihan.

“Modul pertama latihan untuk pegawai diadakan dari 11 hingga 15 Februari lepas (2019), manakala modul kedua akan dikendalik­an minggu ini,” jelasnya.

Ditanya mengenai kes berprofil tinggi melibatkan seorang menteri muda, Razim berkata siasatan sedang dijalankan.

“Kami masih mengumpul maklumat dan membuat pengesahan. Belum dapat disimpulka­n lagi,” katanya.

 ??  ?? RAZIM (kiri) bergambar bersama Abang Johari ketika melakukan kunjungan hormat.
RAZIM (kiri) bergambar bersama Abang Johari ketika melakukan kunjungan hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia