Utusan Borneo (Sabah)

Allianz buka cawangan baharu di Riverson Walk

Tawarkan perkhidmat­an penuh, keadaan lebih mesra

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Syarikat insurans Allianz Malaysia Berhad cawangan Kota Kinabalu kini membuka cawangan baharunya di Riverson Walk.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir berkata, cawangan itu bertempat di Blok B Riverson Walk dengan keluasan pejabat 10,000 kaki persegi di tingkat pertama.

“Cawangan yang menawarkan perkhidmat­an penuh itu mempunyai keadaan suasana yang kelihatan lebih mesra.

“Bertujuan meningkatk­an pengalaman pelanggan, cawangan ini menampilka­n kawasan perkhidmat­an pelanggan berkeluasa­n 1,700 kaki persegi yang dilengkapi ruangan perbincang­an diantara pelanggan bersama perantara bagi membincang­kan keperluan insurans mereka,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Pembukaan Pejabat Baharu Allianz Malaysia Berhad Cawangan Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Al l ia n z Kota Kinabalu adalah cawangan perdana syarikat itu di Sabah dan sudah berada di barisan hadapan yang mengukuhka­n lagi pertumbuha­n perniagaan di negeri ini.

Katanya, walaupun pasaran belum maju sepenuhnya tetapi terdapat banyak peluang dapat meningkatk­an pertumbuha­n dalam negeri ini.

“Antara lima agensi terbaik kami, empat daripadany­a sudah mengembang­kan operasi ke Sabah. Ini menunjukka­n niat dan komitmen kami untuk Sabah dan Sarawak.

“Pejabat baharu ini juga dilengkapi bilik kursus yang boleh memuatkan seramai 200 orang. Ia juga boleh digunakan sebagai kelas zumba, yoga dan tabata secara percuma untuk perantara pada setiap hari,” katanya.

Ketika sidang media, Zakri menjelaska­n Allianz Malaysia Berhad akan terus mengukuhka­n perniagaan mereka di Sabah.

Katanya, Sabah adalah salah sebuah negeri terpenting syarikat itu dalam usaha menawarkan polisi insuran nyawa dan general kepada semua pelangan.

“Bagi kategori insuran general, saya berpendapa­t kami adalah yang nombor satu di sini, bagaimanap­un untuk insuran nyawa...

“Pejabat baharu ini juga dilengkapi bilik kursus yang boleh memuatkan seramai 200 orang. Ia juga boleh digunakan sebagai kelas zumba, yoga dan tabata secara percuma untuk perantara pada setiap hari. ZAKRI KHIR Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad

kami masih dalam proses membangun.

“Untuk itu, kami akan membawa lebih ramai perantara syarikat ini ke Sabah untuk membangunk­an pasaran itu,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Horst Habbig, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Joseph Gross, Ketua Pegawai Jualan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Ong Pin Hean, dan Pengurus Kawasan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Cawangan Kota Kinabalu dan Sandakan) Jimmy Hee.

 ??  ?? DARI kiri: Horst, Zakri, Jimmy, Joseph dan Ong ketika menyempurn­akan acara memotong riben.
DARI kiri: Horst, Zakri, Jimmy, Joseph dan Ong ketika menyempurn­akan acara memotong riben.
 ??  ?? ZAKRI (tengah) menerima cendera kenangan daripada persembaha­n tarian singa.
ZAKRI (tengah) menerima cendera kenangan daripada persembaha­n tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia