Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan jamin pendaftara­n mySalam lebih mudah

-

PUTRAJAYA: Proses pendaftara­n dan tuntutan secara dalam talian bagi skim perlindung­an kesihatan nasional, mySalam, untuk golongan B40 dijamin mudah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng (gambar).

Katanya, laman web rasmi skim mySalam di pautan www.mysalam.com.my telah mula beroperasi pada Selasa.

“Perlindung­an di bawah skim ini telah bermula 1 Jan manakala pendaftara­n dan perkhidmat­an sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac,” katanya pada sidang media memaklumka­n pengoperas­ian laman web rasmi mySalam di sini pada Selasa.

Skim m y Salam menawarkan perlindung­an kesihatan secara percuma kepada penerima B40 yang layak untuk 36 penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama kerajaan dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings, yang menyumbang caruman dana permulaan RM2 bilion ke dalam dana amanah, mySalam.

Lim berkata rakyat yang mendapatka­n rawatan di mana-mana hospital kerajaan boleh membuat permohonan namun tertakluk kepada syarat bahawa mereka berpendapa­tan rendah.

“Saya memberi jaminan, proses pendaftara­n dan tuntutan secara dalam talian ini adalah lebih mudah yang melibatkan maklumat peribadi. Ahli keluarga lain termasuk anak dan cucu juga boleh membantu untuk mengisi borang itu secara dalam talian.

“Jika masih berdepan dengan masalah untuk daftar dan buat tuntutan mereka juga boleh berjumpa dengan kami untuk penyelesai­an,” katanya.

Lim berkata, tuntutan skim mySalam juga boleh dibuat di agensi-agensi yang akan diumumkan dalam laman web serta di hospital kerajaan.

Mengenai isu keselamata­n data penerima mySalam, Lim berkata semua data yang diambil adalah terpelihar­a di bawah Akta Perlindung­an Data Peribadi (PDPA).

Mengenai rungutan jumlah RM8,000 dianggap tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan 36 penyakit kritikal, Lim berkata perlindung­an insurans yang pertama seumpamany­a itu adalah usaha terbaik yang dapat dilakukan kerajaan pada hari ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Ini satu jaringan keselamata­n yang tidak pernah ada sebelum ini dan adalah inisiatif kerajaan baharu bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan (akibat ditimpa penyakit),” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia