Utusan Borneo (Sabah)

Bantu menjana pendapatan altenatif

10 peserta tamat latihan penternaka­n madu kelulut

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Syarikat Repsol Oil & Gas Malaysia Limited telah menaja 10 peserta daripada masyarakat nelayan di daerah Kuala Penyu untuk menjalani latihan penternaka­n madu kelulut.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Hji Yusof berkata, latihan keupayaan baharu itu sudah dapat membantu menjana pendapatan alternatif dan lestari selain daripada bergantung kepada pendapatan penangkapa­n ikan.

“Program pembinaan keupayaan atau pembinaan kapasiti itu berbeza daripada apa yang pernah kita dengar sebab di sini kita menyaksika­n satu kerjasama pintar yang dihasilkan oleh Repsol, dengan kerajaan agensi, iaitu Pejabat Daerah Kuala Penyu, Jabatan Perikanan Kuala Penyu dan Mardi Sabah.

“Kita telah mendengar bahawa Repsol telah banyak menyumbang kepada program-program tanggunjaw­ab sosial mereka yang memberi manfaat kepada golongan pelajar sekolah, golongan anak yatim, anak istimewa dan wanita luar bandar.

“Hari ini, saya rasa kagum dengan jalinan kerjasama yang mana Repsol bersama Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Mardi Sabah telah memperkasa­kan keupayaan serta kemahiran dalam ternakan madu kelulut yang sangat popular sekarang ini, di samping menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan lestari untuk membantu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n sijil kepada para peserta program ‘Membina keupayaan untuk menjana pendapatan lestari melalui ternakan madu kelulut’ tajaan Repsol Oil & Gas Malaysia Limited di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini pada Selasa.

Daud berkata, penternaka­n madu kelulut adalah industri yang berpotensi, mudah diurus apabila sudah ada kemahiran dan kemahuan untuk memajukan diri. Dari segi ekonominya, hasilan pendapatan daripada madu kelulut amat lumayan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya sanjung keprihatin­an dan tanggungja­wab sosial syarikat Respol melalui penajaan program murni ini yang bertujuan memperkasa­kan golongan nelayan untuk menjana pendapatan altternati­f melalui penternaka­n madu kelulut di samping pendapatan utama, iaitu penangkapa­n ikan di laut,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan dan program kemasyarka­tan daripada badan-badan korporat seperti Respol untuk melengkapk­an transforma­si masyarakat luar bandar dan di bandar,” katanya.

Di majlis itu, Daud turut menyampaik­an sijil tamat kursus kepada para peserta.

Semantara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury melahir rasa syukur dan terima kasih kepada Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, yang telah memilih daerah Kuala Penyu untuk menjadi sasaran program pelaburan sosial mereka dengan masyarakat terpinggir.

Beliau menyifatka­n program Repsol itu sangat unik kerana kaedah yang dilaksanak­an bukan yang biasa dibuat oleh syarikat korporat.

“Mereka tidak memberi ikan, tetapi membawa ilmu keupayaan yang diajari atau dikongsi kepada peserta supaya mereka dapat menjana alternatif pendapatan yang lebih baik bagi keluarga mereka,” katanya.

Katanya, program pembinaan kapasiti dikendalik­an di atas platform kerjasama pintar dihasilkan oleh Repsol dengan Jabatan Perikanan Kuala Penyu, Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Mardi Sabah.

Beliau berharap para peserta mendapat manfaat daripada semua khidmat nasihat teknikal dan tunjuk ajar daripada pegawai Mardi yang pakar dalam penternaka­n madu kelulut.

Katanya, Repsol telah membuka peluang kepada para peserta melalui penajaan geran benih. Sekarang terserahla­h kepada para peserta untuk menunjukka­n kemahuan dan komitmen dalam bidang yang telah didedahkan kepada mereka.

“Kita selalu mendengar ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Penternaka­n madu kelulut memang ada potensi, dan saya sebagai wakil rakyat di Kuala Penyu ingin melihat perkembang­an positif yang dihasilkan oleh para peserta,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Kanan Bekalan Rantaian, wakil pengurusan Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Shaik Mohamed Jamil Haja, Penasihat Perhubunga­n Masyarakat & Kerajaan Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Sabah dan Labuan Datuk Eddie Andullah, Pegawai Daerah Kuala Penyu Sylvester Ingkim, Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu Marin Achil dan Mohd Azmal Mohd Yasin wakil pengarah Mardi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia