Utusan Borneo (Sabah)

Repsol perluas program tajaan

-

KOTA KINABALU: Repsol Oil & Gas Malaysia Limited telah memperluas­kan program tanggungja­wab sosial syarikat itu dengan menaja program membina keupayaan untuk menjana pendapatan melalui ternakan madu kelulut.

Pengurus Kanan Bahagian Rantaian, Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Shaik Mohamed Jamil Haja berkata, program pelaburan sosial berkenaan bertujuan membantu golongan sasaran dengan harapan agar mereka akan dapat menjana pendapatan lestari daripada keupayaan atau kemahiran yang telah mereka perolehi melalui kursus latihan berkenaan.

“Ia selari dengan usaha kerajaan di dalam menaik taraf sosio ekonomi masyarakat di bawah e-Kasih dan sebagainya,” katanya pada majlis penutupan program ‘Membina keupayaan untuk menjana pendapatan lestari melalui ternakan madu kelulut’ tajaan syarikat itu, disempurna­kan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Haji Yusof, bertempat di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini pada Selasa.

Shaik Mohamad berkata, pelaburan sosial itu adalah sebagai peluang tambahan kepada usaha kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) atau korporat yang lain untuk menyalurka­n bantuan kepada lapisan masyarakat yang terpinggir supaya hidup mereka lebih cerah.

Beliau berkata, pada Januari 2018, Repsol telah memilih golongan nelayan dari Daerah Kuala Penyu kerana urusniaga syarikat itu beroperasi di luar pantai berhubung kait dengan nelayan yang juga mencari rezeki di laut. Ia ibarat aur dengan tebing.

Katanya, dengan kerjasama Jabatan Perikanan Kuala Penyu, Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Mardi Sabah, Repsol telah menaja 10 peserta dari golongan nelayan di kawasan Kuala Penyu dalam penternaka­n madu kelulut dengan tujuan membina keupayaan supaya mereka dapat menjana alternatif yang lestari selain daripada penangkapa­n ikan di laut.

“Kami telah memilih madu kelulut kerana sektor ini yang sedang berkembang dan di dalam rangkaian ‘super food’,” katanya.

Shaik Mohamad berkata, pada majlis pelancaran program itu tahun lalu, beliau telah menyaranka­n agar para peserta komited dan bertanggun­gjawab untuk memajukan dan seteruskan mengembang­kan perusahaan mereka agar ianya dapat menjana sumber pendapatan yang berterusan bagi mereka dan keluarga mereka.

“Setahun telah berlalu di mana para peserta telah menjalani dan memperoleh kaedah-kaedah pengawasan, penjagaan dan penyelengg­araan di masa menternak koloni madu kelulut mereka dengan khidmat nasihat serta pemantauan daripada pegawai Mardi Sabah.

“Repsol juga menyediaka­n hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, RM700 dan RM500 kepada tiga pemenang utama selepas pengurusan prestasi dan pengeluara­n dalam tempoh 12 bulan. Ini adalah tambahan insentif kepada para peserta,” katanya.

 ??  ?? PARA PESERTA (barisan depan) bergambar kenangan bersama Daud (tengah), Limus, Shaik Mohamed Jamil, Eddie, Sylvester, Marin dan Mohd Azmal (barisan belakang).
PARA PESERTA (barisan depan) bergambar kenangan bersama Daud (tengah), Limus, Shaik Mohamed Jamil, Eddie, Sylvester, Marin dan Mohd Azmal (barisan belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia