Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP kenal pasti syarikat untuk sertai ekspo import China

-

SHANGHAI: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengenal pasti perniagaan yang kompeten untuk mempamerka­n produk mereka di Pusat Pameran Makanan Import di sini.

Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pusat itu, yang akan diwujudkan oleh Persatuan Perusahaan Perdaganga­n Koperasi China (CCTEA) tidak lama lagi, akan menjadi platform lonjakan kepada jenama Malaysia untuk menembusi pasaran China.

Beliau berkata semasa mesyuarat di sini, pada Ahad, Presiden CCTEA, Hao Yanling telah mempelawa pihak Malaysia untuk menyertai ekspo itu.

“Idea itu semalam dikongsika­n dengan kami. Kami akan memperinci­kan lagi format penyertaan­nya, tempoh penyertaan dan produk yang akan kita susuli.

“Bagaimanap­un cukup kita difahamkan bahawa Pusat Pameran Makanan Import ini membuka penyertaan­nya kepada produk dari Malaysia,” katanya selepas dialog mengenai peluang pasaran makanan China-ASEAN yang dihadiri wakil kerajaan dan perniagaan dari Malaysia, Thailand dan Indonesia di sini, pada Isnin.

Saifuddin berada di sini bagi lawatan kerja tiga hari yang berakhir semalam.

Selepas dialog itu, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd dari Malaysia menandatan­gani Memorandum Persefaham­an dengan CCTEA untuk memudahkan eksport dan pengedaran produk Malaysia ke seluruh China.

Berdasarka­n nilai dagangan CCTEA sebanyak RMB5.4 trilion, beliau yakin lebih banyak jenama Malaysia, khususnya dari perusahaan kecil dan sederhana, akan dapat menjadikan China sebagai antara pasaran utama mereka.

Sejumlah 1,762 perniagaan berdaftar dengan KPDNHEP setakat ini.

Selain perdaganga­n, Saifuddin berkata Malaysia juga berminat untuk mempelajar­i kepakaran China dalam mewujudkan undang-undang e-dagang, yang dikuatkuas­akan pada 1 Jan tahun ini.

Terdahulu, Saifuddin dan delegasiny­a melawat JD.com, yang terkenal sebagai peruncit dalam talian terbesar China selain menjadi syarikat Internet terbesar negara itu dari segi perolehan.

Mengulas mengenai lawatan tersebut, beliau berharap JD.com akan membantu membimbing syarikat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia