Utusan Borneo (Sabah)

Raline Shah & Fedi Nuril mendaki gunung dalam filem ‘5 CM’ di TV2

-

BERCERITA mengenai persahabat­an dan semangat cintakan negara dalam diri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem bertajuk ‘5 CM’ pada 2 Mac ini, jam 10.30 malam di TV2 yang mengetenga­hkan lakonan mantap barisan pelakon Indonesia yang tidak perlu diperkenal­kan lagi.

Filem yang diadaptasi dari novel tajuk sama, ‘5 CM’ karya novelis Donny Dhirgantor­o dan arahan Rizal Mantovani ini tentang Arial (Deni Sumargo), Zafran (Herjunot Ali), Genta (Fedi Nuril), Riani (Raline Shah) dan Ian (Saykoji), lima remaja yang telah berkawan sejak sepuluh tahun lalu.

Antara mereka memiliki perwatakan yang berbezabez­a. Zafran seorang yang puitis sikapnya, sedikit ‘gila’, suka mengikut kata hati, idealistik dan memiliki bakat untuk menjadi orang yang terkenal.

Rakannya, Riani seorang gadis pintar, cerewet dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita juga impiannya.

Genta pula seorang lelaki yang tidak mementingk­an ego dalam diri sehingga dia mempunyai jiwa pemimpin dan dapat membuat orang lain selesa di sekeliling­nya.

Sementara itu Arial, lelaki paling dipercayai dalam kalangan mereka, hobinya bersukan, adalah yang paling berdisipli­n, tetapi sikapnya sukar untuk membiasaka­n diri dengan orang yang baru dikenaliny­a.

Dan yang kelima antara mereka dikenali sebagai Ian. Dia memiliki fizikal yang paling gempal berbanding rakan-rakannya, peminat mi segera dan bola, dan paling lambat tamat pengajian antara mereka.

Ada juga watak Dinda merupakan adik Arial, seorang pelajar cantik yang sebenarnya disayangi oleh Zafran.

Suatu hari, mereka berlima merasa ‘bosan’ dengan persahabat­an mereka dan akhirnya kesemua mereka memutuskan untuk berpisah, tidak berkomunik­asi satu sama lain selama tiga bulan.

Selama tiga bulan mereka dihimpit perasaan rindu, dan banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kesemua mereka.

Begitu hakikatnya ia telah berjaya mengubah situasi menjadi lebih baik dalam hidup mereka.

Selepas tiga bulan, kelima-lima mereka bertemu semula dan meraikan pertemuan mereka dengan perjalanan penuh mimpi dan cabaran.

Lawatan mendaki gunung untuk memacak bendera merah dan putih di puncak tertinggi Jawa pada 17 Ogos.

Perjalanan mereka penuh dengan perjuangan yang menjadikan mereka lebih mencintai Indonesia. Pengembara­an dalam kisah ini, bukan pengembara­an yang mencabar adrenalin, untuk melihat kebesaran Tuhan dari puncak gunung. Tetapi pengembara­an ini, juga perjalanan hati. Hati untuk mencintai persahabat­an yang erat, dan hati yang mencintai negara ini.

Semua halangan dapat mereka hadapi, kerana mereka mempunyai impian. Impian yang diletakkan 5cm di hadapan mereka. Bagi anda yang belum menonton dan ingin tahu tentang filem ini, luangkan masa menyaksika­nnya mengisi slot Layar Asia di TV2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia