Utusan Borneo (Sabah)

‘Selera Minang Nik Micheal’ antara Malaysia dan Indonesia di TV Okey

-

PILIHAN masakan Minang enak dan popular di Malaysia juga di Indonesia dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program yang sedang bersiaran di TV Okey (Astro 109), ‘Selera Minang Nik Micheal’ setiap Isnin, jam 10.30 pagi.

Mengisi 13 episod siarannya, hos Chef Nik Micheal akan memilih dua jenis menu berasaskan masakan Minang dan mengunjung­i beberapa buah restoran terpilih untuk merasai makanan pilihan tersebut. Demonstras­i tentang cara penyediaan makanan pilihan itu dan sesi temu ramah dengan chef yang terlibat turut dikongsika­n dengan penonton.

Nik Michael memulakan program dengan memilih lokasi di Kg. Baru, Kuala Lumpur yang merupakan antara penempatan awal warga Indonesia yang mana masakan Minang merupakan antara menu makanan yang diminati di Malaysia.

Nik mengunjung­i tiga buah restoran di situ dan menemubual Ibu Ita yang berkongsi pengalaman­nya selama 34 tahun dalam masakan Minang. Turut dipaparkan demonstras­i masakan Ayam Goreng Sambal Berlada dan masakan Gulai Nangka.

Singgah di Daerah Gombak, Selangor menu dicuba ialah Ayam Pop dan juga Pegedil Minang. Nik berkunjung ke Restoran Sri Kumbang Jati dan mendapatka­n maklumat berkaitan dengan pemilik restoran iaitu Puan Ummi.

Nik juga berkesempa­tan melihat rahsia penyediaan masakan Pegedil Minang. Di akhir rancangan, Chef Fendi dari Restoran Ayam Pop Kapau menunjukka­n demonstras­i masakan Ayam Pop serta Sambal Berlado yang dikongsi bersama penonton rancangan.

Kota Damansara terkenal dengan pelbagai jenis restoran yang menyediaka­n makanan dari pelosok dunia. Di sini Nik Michael memilih dua menu yang cukup popular dalam masakan Minang iaitu Daging Dendeng dan juga Rendang Daging Minang. Beliau berkunjung ke dua buah restoran iaitu Restoran Sari Rati Rima dan Padangs On Wheels.

Kunjungan Nik Micheal di Negeri Sembilan memilih tiga destinasi berbeza iaitu Nilai, Seremban dan Kuala Pilah yang masing-masing tersohor dengan restoran pilihan ramai. Destinasi Nilai membawa Nik Micheal mencuba dua jenis masakan Minang iaitu Gulai Udang Minang dan Tumis Petai Udang Cabai.

Nik berkunjung ke tiga buah restoran untuk mencuba masakan tersebut. Restoran yang dilawati beliau ialah Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapir, Restoran Nasi Padang Minang Sejati dan Restoran Minang Arif.

Berada di Seremban, Negeri Sembilan beliau memilih dua masakan Minang iaitu Kalio Ayam dan Gulai Tunjang untuk dicuba keenakan masakan tersebut. Beliau berkunjung ke Restoran Masakan Minang Asli Gerai No.1 Medan Selera Ampangan, Nasi Padang Rezeki Bonda Paroi dan Restoran Nasi Padang Ummi.

Istimewa di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang sememangny­a terkenal dengan masakan kaedah salai, beliau mencuba dua jenis masakan Minang yang terkenal iaitu Daging Salai Masak Lemak dan Gulai Perut & Rebung.

Restoran yang dikunjungi­nya ialah Restoran Alfie Rizky, Restoran Selera Tanjung dan Zaini Salai House di mana beliau sempat menemu ramah chef dan mendapatka­n tips serta rahsia yang menjadikan masakan mereka cukup istimewa.

Seterusnya dua menu dicuba Nik Micheal di Bangi, Selangor iaitu Ikan Bakar dan Pangek Ikan.

Ikan Bakar versi Minang agak berbeza daripada segi ramuan perapan yang mana ia menggunaka­n santan berbanding dengan versi Malaysia manakala Pangek Ikan pula adalah seperti ala-ala asam pedas. Nik mengunjung­i tiga buah restoran iaitu Restoran Nasi Padang Minang Serumpun, Restoran Minang Jaya, Sungai Sekamat dan Lanai Mutiara Nasi Padang.

Enam episod berikutnya tambah mengujakan bila Nik Michael berpeluang berkunjung ke Indonesia dengan misi pencarian masakan minang asli yang lazat dan menyelerak­an.

Ketika di Padang, Indonesia, Nik Micheal merasai sendiri masakan asli Minang di tempat asal makanan tersebut mencuba menu Gulai Cancang dan Pangek Ikan Kaluih. Chef Nik berkunjung ke Restoran Sambua Dapua Amak dan Restoran Pondok Flora.

Destinasi di Payakumbuh, Sumatera Barat, memilih dua resipi masakan Minang untuk dicuba iaitu Belut Goreng Berlado dan Palai Bada. Palai Bada merupakan hidangan mirip otak-otak yang terdapat di Malaysia. Chef Nik berkunjung ke Restoran Pongek Situjuah dan juga Restoran Pongek Or Situjuah untuk merasai masakan tersebut.

Kunjungan di bandar Padang Panjang, Sumatera, Nik Micheal sempat berkunjung ke sebuah kedai membeli pelbagai jenis kerepek yang menjadi kemestian pelancong untuk dibawa pulang. Chef Nik berkunjung ke Restoran Rumah Pak Datuk dan menikmati hidangan Gulai Otak dan Asam Pedas Gajebo. Chef Nik kemudianny­a ke Restoran Aye Badaron pula dan beliau mencuba hidangan Cangkuak dan Bubur Kampion.

Keenakan masakan Minang di sekitar Bukit Tinggi, Padang dinikmati Nik Micheal bersarapan Nasi Kapau sebelum singgah di Rumah Pohon Abdul. Antara hidangan yang sempat dicubanya ialah Kasava (Ubi Kayu), Risoles, Gulai Itiak Lado Hijo dan Soto Padang Keriuk. Nik meneruskan pencarian masakan Minang dengan singgah di Restoran Langsana Jaya.

Nik Micheal berkunjung ke Pantai Pasir Jambak, Kota Padang bagi melengkapk­an misi mencari masakan Minang.

Beliau singgah di sebuah restoran pinggir pantai dikenali sebagai Muaro Baru. Antara menu masakan yang dicubanya ialah Sala Lawwak dan Gulai Kepala Lawwak.

Dalam episod terakhir, beliau singgah di Ibu Kota Padang dan beliau berkesempa­tan melawat Muzium Adityawarm­an yang sememangny­a merupakan tempat tumpuan pelancong.

Nik juga berkunjung ke Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus mencuba hidangan Ayam Penyet terkenal di situ. Destinasi seterusnya Restoran Ayam RicaRica Mas Bagus.

Beliau mencuba hidangan unik dan istimewa dikenali sebagai Anyang Rawan yang menggunaka­n kepala lembu sebagai bahan utama.

 ??  ?? MENYELERAK­AN: Salah satu episod dalam ‘Selera Minang
Nik Micheal’.
MENYELERAK­AN: Salah satu episod dalam ‘Selera Minang Nik Micheal’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia