Utusan Borneo (Sabah)

Sedia hadapi PDRM

Tambadau diperkuatk­an semula dengan empat import

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad Tambadau Sabah dijangka kembali diperkuatk­an dengan maksima empat import apabila meneruskan cabaran menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas, Sabtu ini (2 Mac).

Pengurus Pasukan Henry Saimpon berkata, penyerang dari Brazil, Luiz Carlos Junior yang diketepika­n kerana kecederaan otot paha ketika menentang Sarawak, Sabtu lalu telah pulih dan sudah menyertai pasukan berlatih.

Tiga lagi import Sabah ialah Park Taesu (pertahanan), Luka Milunovic (penyerang tengah) dan Rodoljub Paunovic (penyerang).

“Kehadiran semula Junior tepat pada masanya kerana penggantin­ya sebelum ini, Ricco Nigel Milus tidak dapat disenaraik­an pada Sabtu. Ricco menjalani penggantun­gan satu permainan ekoran telah mengumpul tiga kad kuning.

“Apapun, ketiadaan satu duapemaink­eranakeced­eraan atau penggantun­gan permainan adalah perkara biasa dalam bola sepak. Kita kena bersedia dengan situasi ini,” kata Henry ketika ditemui di sini, Khamis.

Menurutnya, kecuali Ricco, semua pemain lain sedia untuk disenaraik­an dan beliau percaya pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih Jelius Ating akan bersedia sepenuhnya menghadapi PDRM.

Henry berkata, pasukan

“Kehadiran semula Junior tepat pada masanya kerana penggantin­ya sebelum ini, Ricco Nigel Milus tidak dapat disenaraik­an pada Sabtu. Ricco menjalani penggantun­gan satu permainan ekoran telah mengumpul tiga kad kuning. Apapun, ketiadaan satu dua pemain kerana kecederaan atau penggantun­gan permainan adalah perkara biasa dalam bola sepak. Kita kena bersedia ” dengan situasi ini. HENRY SAIMPON Pengurus Pasukan Tambadau Sabah

kini dan memutuskan Jelius dalam dijangka senarai keadaan pemain akan baik utama selepas latihan terakhir hari ini.

“Pasukan dalam suasana yang cukup bagus. Prestasi pasukan juga terus meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Kita memulakan musim ini dengan agak hambar kerana persiapan singkat dan kurang perlawanan pra-musim. Bagaimanap­un selepas empat perlawanan, kita nampak keserasian kombinasi pemain semakin meningkat. “Sebab itu saya yakin kita akan tampil dengan lebih mantap apabila menghadapi PDRM. Kita bertekad meneruskan rentak kemenangan untuk memastikan Tambadau Sabah terus berada di landasan baik sebagai salah satu pencabar utama saingan ini,” katanya.

Sabah kini di kedudukan ketiga carta Liga Premier selepas mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan dengan rekod dua menang, satu seri dan satu kalah.

Sambil itu, Henry berharap lebih ramai penyokong datang memberi sokongan kepada pasukan.

Tiket bagi menyaksika­n perlawanan itu akan mula dijual pada jam 10.00 pagi Sabtu.

 ??  ?? LUIZ
Carlos Junior (kiri) semasa latihan skuad Tambadau Sabah di padang Sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Khamis.
Gambar ihsan Media SAFA.
LUIZ Carlos Junior (kiri) semasa latihan skuad Tambadau Sabah di padang Sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Khamis. Gambar ihsan Media SAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia