Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan disaran teroka peluang baharu luar negeri

Untuk rebut potensi kuasa membeli yang tinggi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Usahawan di negeri ini disaran meneroka peluang baharu dengan menggunaka­n platform pasaran luar negeri.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Azhar Matusin berkata, golongan berkenaan perlu keluar dari tradisi yang hanya menumpukan kepada pasaran dalam negeri.

Menurutnya, tumpuan kepada pasaran negara Asean adalah satu langkah bijak memandangk­an 15 peratus daripada penduduk Asean berstatus kelas menengah iaitu mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

“Justeru, kita harus melihat perkara ini sebagai peluang perniagaan yang perlu diterokai dan mampu menjana pendapatan yang tinggi kepada usahawan di Sabah.

“Semuapihak­samaadaage­nsi kerajaan atau ahli perniagaan perlu menggemble­ng tenaga serta idea untuk membawa perubahan secara bersepadu dan komprehens­if.

“Usaha ini bagi mengekang apa juga ancaman atau persekitar­an yang semakin mencabar,” katanya ketika berucap merasmikan program Brave Talk Show Sempena Majlis Pelancaran Momprenuer Sabah di sini pada Khamis.

Beliau berkata, usahawan juga perlu lebih bersedia, peka dan responsif mengikut perkembang­an semasa berikutan perkembang­an aktiviti perdaganga­n yang semakin pesat.

Azhar berkata, kesedaran dalam meraih peluang perniagaan yang lebih luas perlu ada dalam diri usahawan bagi memperoleh­i hasil proses liberalisa­si dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut melihat pendekatan baharu dunia perniagaan yang dijalankan oleh syarikat bumiputera seperti Momprenuer Sabah, Brave, Avanus Store dan Tamuku sebagai platform terbaik dalam memperkasa­kan golongan usahawan wanita bumiputera.

“Kita perlu mengenal pasti syarikat bumiputera untuk diketengah dan ditransfor­masikan sebagai ikon kebanggaan negeri Sabah.

“Langkah ini bertujuan mendorong golongan usahawan supaya lebih berdaya tahan dan kompetitif dengan memberi nilai tambah tinggi kepada perusahaan mereka,” jelasnya.

Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh Momprenuer Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Sabah dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd iaitu agensi di bawah Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri.

Menurutnya, menerusi program itu, ia dapat mengumpulk­an para usahawan dangolonga­nwanitapro­fesional seterusnya mewujudkan ruang intelek dan perbincang­an yang proaktif.

Pada masa sama, jelasnya, ia turut membuka peluang dan potensi perniagaan, mengembang­kan budaya penerokaan ilmu selain saling bertukar idea dalam kalangan usahawan.

Turut hadir, Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd Datuk Asnimar Sukardi dan Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) Datuk Pengiran Saifuddin Pg Tahir.

“Tumpuan kepada pasaran negara Asean adalah satu langkah bijak memandangk­an 15 peratus daripada penduduk Asean berstatus kelas menengah iaitu mempunyai ” kuasa membeli yang tinggi. AZHAR MATUSIN Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian

 ??  ?? TETAMU undangan majlis itu merakamkan kenangan bersama Azhar (tengah) dan Asnimar (empat kiri). Turut kelihatan Pengiran Saifuddin (dua kanan).
TETAMU undangan majlis itu merakamkan kenangan bersama Azhar (tengah) dan Asnimar (empat kiri). Turut kelihatan Pengiran Saifuddin (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia