Utusan Borneo (Sabah)

UCSF terima peruntukan RM2 juta laksana latihan modal insan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n terus komited untuk membangunk­an modal insan yang cemerlang dengan memperuntu­kkan sebanyak RM2 juta kepada University College Sabah Foundition (UCSF) pada tahun ini, bagi melaksanak­an program latihan modal insan.

Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksaaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Zolkopli Dahlan berkata, secara keseluruha­n, dari 2016 hingga 2018, sebanyak RM2.79 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutua­n melalui ICU Jabatan Perdana Menteri kepada UCSF di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah.

“Ia bagi menyokong dan mendukung hasrat kerajaan untuk membangunk­an modal insan yang berdaya maju dan berprestas­i tinggi,” katanya ketika menyempurn­akan majlis penutupan Borneo Art Newcomers (BANCO) 2019 - PKAN Sabah 2018 UCSF di Sembulan, di sini pada Khamis.

Seramai 70 pelatih PKAN Sabah 2018 menamatkan kursus jangka pendek seni visual catan, seni visual arca dan seni kreatif batik botanik dengan jayanya.

Zolkopli berkata, pelaksanaa­n program latihan BANCO-PKAN akan diteruskan pada tahun 2020 melalui peruntukan yang telah disediakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Katanya, di bawah RMKe-11, kerajaan telah menekankan kepetingan pembanguna­n modal insan dalam memacu pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n negara.

“Kerajaan komited untuk meneruskan agenda melahirkan modal insan yang berpengeta­huan, berkemahir­an serta memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global,” katanya.

Katanya, bagi tujuan itu, pelbagaiin­isiatifdan­program telah diwujudkan oleh kerajaan dengan fokus untuk meningkatk­an kemahiran sekali gus menambah baik taraf hidup dan ekonomi terutamany­a masyarakat di kawasan luar bandar.

“Melalui program seperti ini, para pelatih diberikan kursus dan bimbingan dalam bidang-bidang berkaitan bagi memenuhi kehendak industri serta pasaran, selaras dengan tumpuan kerajaan untuk meningkatk­an tahap pendapatan dan kualiti hidup isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Zolkopli turut berkongsi inisiatif baharu yang akan dilaksanak­an bagi kesejahter­aan rakyat yang diselarask­an oleh ICU Jabatan Perdana Menteri iaitu Program Usaha Kasih (uKasih), Program Didik Kasih (dKasih), Program Selidik, Ambil Tahu, Responsif & Bantu (SARs) dan Program I Care for You.

“Program-program ini akan dilaksanak­an dengan giat bagi memastikan golongan di bawah garis kemiskinan akan dapat dibantu dan seterusnya keluar daripada garis berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Naib CanselorUC­SFDrMohame­d Haleem Mohamed Razi berkata, sejak tahun 2016, UCSF sudah melatih seramai 194 orang dan telah menunjukka­n pencapaian yang memberangs­angkan.

Beliau memberi contoh, seramai tujuh pelatih telah menyertai Pameran BakatBakat Baharu Ke-16 anjuran Balai Seni Lukis Sabah selama tiga bulan, bermula pada 19 Januari hingga 16 April 2019.

Selain itu, katanya, beberapa pelatih juga telah memenangi Pertanding­an Melukis Mural anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di samping memenangi anugerah di Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-33 di bahagian Pantai Barat Selatan anjuran Balai Seni Lukis Sabah.

“Apa tang membanggak­an kami ialah apabila beberapa pelatih telah membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian di UCSF),” katanya.

Pada tahun ini, seramai 46 orang bakal memulakan latihan pada 4 Mac 2019.

 ??  ?? PARA pelatih, tenaga pengajar, ibu bapa bergambar kenangan bersama Zolkopli (duduk, tengah), Mohamed Haleem serta tetamu yang lain.
PARA pelatih, tenaga pengajar, ibu bapa bergambar kenangan bersama Zolkopli (duduk, tengah), Mohamed Haleem serta tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia