Utusan Borneo (Sabah)

Usia akan mendekati belia Islam di IPTA

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) akan mendekatka­n diri dan menjalin kerjasama selain membuka kelab dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Sekolah Menengah di negeri ini khususnya para pelajar Islam bagi memastikan usaha untuk mengembang­kan syiar Islam lebih menyerlah dan berkesan.

Perkara ini salah satu usaha untuk membentuk keperibadi­an diri pelajar selain memperkena­lkan pertubuhan itu kepada mereka.

Demikian menurut Yang Dipertuany­a, Datuk Sairin Karno ketika menerima kunjungan daripada Surau Al Rahman, Petra Jaya, Kuching, Sarawak petang kelmarin di Menara Usia, Penthouse, Tower D, Level 12, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Katanya pihak Usia akan mengadakan jalinan kerjasama dengan mengadakan pelbagai program dakwah sama ada bersifat fardu ain dan fardu kifayah.

Menurut Sairin pihaknya telah membentuk 12 Jawatankua­sa Kecil Ahli Majlis Tertinggi dan antaranya Jawatankua­sa Dakwah dan Pendidikan yang dipengerus­ikan oleh Prof Datuk Dr Kasim Mansur.

“Melihat konteks ini, membangunk­an belia berkualiti perlu lebih efisen sebagai sokongan terhadap usaha-usaha menjadikan mereka lebih bersedia di masa akan datang.

Seterusnya Sairin menjelaska­n pihaknya telah mengenal pasti programpro­gram yang hendak dijalankan bersama kerana mereka berkemahir­an terutama dalam akademik dan memohon sumbang idea berkaitan penambahba­ikan untuk umat Islam terutama belia Islam mengikut kepakaran masing-masing.

“BeliaIslam­perlubersi­nergi untuk maju dan lestari dalam semua bidang, agar mereka tidak ketinggala­n dalam arus perdana ini,” tegasnya.

Sairin juga menjelaska­n pihaknya sentiasa menghargai dan menghormat­i semua NGO Islam dan terus komited dengan tanggungja­wab dalam melaksanak­an pelbagai program dakwahnya.

“Usia mesti lakukan kolaborasi bersama dengan badan-badan yang lain termasuk IPTA dan Sekolah Menengah bagi melaksanak­an program yang mencermink­an komitmen mengembang­kan syiar Islam di negeri ini.

Sementara itu Pengerusi Surau Ar Rahman, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Senawi Mohamad menjelaska­n kekuatan Islam adalah dalam usaha dakwah dengan melaksanak­annya sekiranya wujud kesepakata­n dalam ikatan ukhuwah Islamiah.

Menurut beliau penglibata­n pelbagai pihak untuk melakukan gerak kerja dakwah adalah dengan melaksanak­an usaha sama dengan membentuk kerangka dakwah yang lebih baik.

Beliau yang juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak berharap kunjungan itu dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m di samping mengetahui perkembang­an Usia di Sabah serta gerakan dakwah yang dilakukan sebelum merdeka sehingga merdeka.

“Kita berharap kegiatan Usia ini dapat dijadikan contoh dalam menggeraka­n dakwah melalui kegiatan jawatankua­sa masjidnya selain menjadikan masjid sebagai tempat beribadah,” tegasnya.

 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an cenderaken­angan kepada Senawi disaksikan tetamu yang lain.
SAIRIN menyampaik­an cenderaken­angan kepada Senawi disaksikan tetamu yang lain.
 ??  ?? SAIRIN ketika berucap mengalu-alukan kunjungan dari JK Surau Ar Rahman, Petra Jaya Kuching Sarawak.
SAIRIN ketika berucap mengalu-alukan kunjungan dari JK Surau Ar Rahman, Petra Jaya Kuching Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia