Utusan Borneo (Sabah)

Mercure perkenal Compass Lifestyle Lounge untuk pelanggan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hotel Mercure memperkena­lkan Compass Lifestyle Lounge untuk pelanggan mereka merasai pengalaman baharu yang mengasikka­n.

Pengurus Besar Hotel David Tai berkata, ruangan yang dahulunya digunakan sebagai gym itu yang terletak di tingkat atas hotel mampu menampung seramai lebih 100 orang.

“Ruangan Lifestyle Lounge ini mempunyai kedua-dua ruang tertutup berhawa dingin dengan tingkap kaca dan lantai siling.

“Jika anda lebih suka berada di luar rumah, ruangan terbuka juga disediakan dengan susun atur menarik dengan pemandanga­n laut yang menakjubka­n untuk dinikmati,” katanya semasa pelancaran semula Compass Lifestyle Lounge, di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, Compass yang tidak asing lagi sebagai salah satu lokasi terbaik di pusat bandar untuk beristirah­at, di samping melihat pemandanga­n bandar dan Laut China Selatan yang berkilauan.

Katanya, ia juga berupaya menjadi lokasi ideal untuk diadakan sebarang majlis tertentu sama ada acara peribadi mahupun korporat dengan menikmati pelbagai juadah makanan dan minuman.

Katanya lagi, setiap pakej minuman juga boleh dipilih dan disesuaika­n mengikut tema untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.

Sejajar pelancaran Lifestyle Lounge, menu khas dengan hidangan utama turut ditambah bagi meningkatk­an keunikan tema baru ini.

Hidangan itu adalah Pan $eared$callop, iaitu hidangan pan goreng yang dihidangka­n dengan krim kerang, minyak balsamic dan cabai, yang pasti memikat hati.

Selain itu, hotel terbabit akan mengadakan promosi yang dari semasa ke semasa.

Waktu operasi ruangan lounge adalah bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam pada setiap hari.

 ??  ?? RUANGAN Compass Lifestyle Loungeyang­sesuaiuntu­kdijadikan sebagai lokasi beristirah­at.
RUANGAN Compass Lifestyle Loungeyang­sesuaiuntu­kdijadikan sebagai lokasi beristirah­at.
 ??  ?? RUANGAN luar untuk pelanggan hotel menikmati pemandanga­n bandaraya dan laut.
RUANGAN luar untuk pelanggan hotel menikmati pemandanga­n bandaraya dan laut.
 ??  ?? DAVID ketika menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran semula Compass Lifestyle Lounge di tingkat atas hotel Mercure Kota Kinabalu.
DAVID ketika menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran semula Compass Lifestyle Lounge di tingkat atas hotel Mercure Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia