Utusan Borneo (Sabah)

8.54 juta permintaan buruh sektor swasta suku keempat 2018

-

KUALA LUMPUR: Jumlah jawatan yang ditawarkan oleh sektor swasta meningkat kepada 8.54 juta pada suku keempat (ST4) 2018 berbanding 8.48 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jawatan diisi meningkat kepada 8.35 juta berbanding 8.28 juta pada tempoh yang sama, manakala kekosongan jawatan turun kepada 198,000 berbanding 206,000 pada ST4 tahun lepas.

“Pewujudan jawatan pada suku ini adalah 24,000 berbanding 30,000 pada suku tahun keempat 2017,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Keempat 2018, kelmarin.

Mohd Uzir berkata sebahagian besar jawatan adalah dalam kategori separuh mahir iaitu 5.31 juta (62.2 peratus), berbanding 2.08 juta (24.4 peratus) bagi kategori mahir dan 1.15 juta (13.4 peratus) bagi kategori berkemahir­an rendah.

Katanya sektor perkhidmat­an kekal sebagai penyumbang terbesar dalam jumlah jawatan dan jawatan diisi tertinggi pada ST4 2018, masing-masing sebanyak 51.8 peratus dan 52.5 peratus, diikuti sektor pembuatan dengan 26.3 peratus bagi jawatan dan 25.5 peratus jawatan diisi.

Kekosongan tertinggi pula adalah di sektor pembuatan (57 peratus), diikuti perkhidmat­an (18.9 peratus), pembinaan (10.8 peratus), pertanian (13.1 peratus) dan perlombong­an dan pengkuaria­n (0.1 peratus).

Menurut Mohd Uzir, pewujudan jawatan sebahagian besarnya disumbangk­an oleh sektor perkhidmat­an (49.8 peratus) dan sektor pembinaan (23.9 peratus), manakala sektor pembuatan mencatatka­n sumbangan 15.1 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia