Utusan Borneo (Sabah)

MAUT DILANGGAR DUA MOTOSIKAL

Akibat cubaan mangsa menguji kelajuan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sulaman berhampira­n lampu isyarat Universiti Malaysia Sabah (UMS) kira-kira jam 12.50 tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Diman Fadillah Kamis, 31, seorang pekerja swasta dan beralamat di Papar.

Katanya, kemalangan terbabit turut melibatkan dua lagi motosikal yang masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dikatakan cuba menguji kelajuan dengan membuat satu pusingan dari arah lampu isyarat UMS menuju lampu isyarat Indah Permai di sini.

Bagaimanap­un, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dilanggar oleh dua motosikal terbabit sebelum kedua-duanya terus meninggalk­an tempat kejadian dan masih belum membuat laporan polis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas dan mayat mangsa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabka­n kematian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksika­n kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubung­i Balai Polis Trafik berhampira­n.

Habibi berkata, pegawai yang boleh dihubungi adalah Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Insp Ngang Kalimpot di talian 017-8083272.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditutup kain selepas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
MAYAT mangsa ditutup kain selepas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia