Utusan Borneo (Sabah)

PPM tahan bot nelayan, gagalkan cubaan seludup barang kawalan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebuah bot nelayan tunda ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semasa Ops Gelora dijalankan kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bot terbabit dikendalik­an oleh seorang lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun.

Katanya, suspek didapati menjalanka­n aktiviti penangkapa­n ikan kurang enam batu nautika dari pantai di perairan Kota Belud.

Hasil pemeriksaa­n, pihaknya menemukan pelbagai jenis ikan di dalam petak penyimpana­n ikan dan ada yang masih di dalam pukat.

“Nilai rampasan dianggarka­n berjumlah RM4,000 dan kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menjalanka­n penangkapa­n ikan menggunaka­n pukat tunda kurang dari enam batu nautika yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perikanan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam kes berasingan di Kudat, PPM berjaya menggagalk­an satu cubaan menyeludup keluar barangbara­ng kawalan menggunaka­n sebuah kapal nelayan.

Beliau berkata, kapal berkenaan diperiksa semasa Operasi Landai Khas di perairan Kampung Landung Ayang Kudat pada jam 10.30 malam Sabtu.

Mohamad Pajeri berkata, hasil pemeriksaa­n di dalam kapal nelayan itu pihaknya menemukan sebanyak 44 tong gas, 500 kilogram tepung gandum, 170 liter minyak petrol dan dua tong kosong minyak petrol.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut mendapati seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun gagal menunjukka­n dokumen dan permit kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa barangbara­ng terbabit.

“Kesalahan yang dilakukan suspek melibatkan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan dalam menimbulka­n syak munasabah akan melakukan kesalahan.

“Nilai rampasan barangbara­ng kawalan, tong minyak petrol dan kapal nelayan dianggarka­n berjumlah RM50,853.60,” katanya.

Pihaknya membawa tangkapan dan rampasan ke pangkalan Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan menyerahka­n kes kepada KPDNHEP Cawangan Kudat untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA
PPM menunjukka­n rampasan pukat yang berisi pelbagai jenis ikan dalam Ops Gelora.
ANGGOTA PPM menunjukka­n rampasan pukat yang berisi pelbagai jenis ikan dalam Ops Gelora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia