Utusan Borneo (Sabah)

Satu lagi mayat bot karam ditemukan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Satu lagi mayat dipercayai mangsa bot karam ditemukan terdampar di pesisiran pantai Kampung ForeshBDC, pagi Ahad.

Mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh penduduk kampung sekitar sebelum menghubung­i Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan kira-kira jam 8.40 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid berkata pihak PPM Sandakan kemudianny­a memaklumka­n kepada Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan berkaitan penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 9.05 pagi.

Beliau berkata bot PPM telah membawa mayat berkenaan ke jeti PPM Sandakan sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga telah disambung semula jam 7 pagi ini (Ahad) membabitka­n sembilan aset daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), PPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“SAR melibatkan kekuatan 111 pegawai dan anggota meliputi kawasan pencarian seluas 187 batu nautika persegi yang dipecahkan kepada lapan sektor,” katanya.

Sebelum ini, dua mayat telah dijumpai iaitu Kimar Herman, 7, ditemukan oleh Bot Kilat 37 (Maritim) kirakira jam 4.05 petang Jumaat dan mayat wanita berumur 42 tahun pula ditemukan

seorang nelayan di kawasan perairan antara Pulau Nunuyan Laut dan Pulau Berhala pada jam 12.44 tengahari Sabtu.

Khairulanu­ar berkata operasi SAR tiga lagi mangsa yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot terbalik di perairan berhampira­n Pulau Nunuyan Laut, dekat Sandakan masih diteruskan.

SAR itu diaktifkan pada Jumaat dan Sabtu yang masuk hari kedua selepas lima lagi mangsa diselamatk­an oleh Bot Tempur CB 90H Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM) kira-kira jam 12.15 tengahari.

Lima mangsa yang diselamatk­an dikenali sebagai Kasmer, 26, Idaris Ismail, 29, Ardamil Rodi, 22, Naijah, 19, dan Norfaida, 21, dilihat berpaut pada bot pancung yang terbalik dan hanyut selama 18 jam akibat dipukul ombak dalam kejadian jam 6 petang Khamis.

Bot pancung itu terbalik di perairan kira-kira 5 batu nautika dari Pulau Nunuyan Laut membawa 11 penumpang yang kesemua dipercayai warga Filipina dilaporkan dalam pelayaran dari Pulau Taganak, Filipina menuju ke daerah ini.

Identiti mayat mangsa yang ditemukan pagi Ahad ialah Ibrahim Januari, 27, (suami kepada Norfaida) atau Sido (tekong bot), 40. Tetapi setakat ini belum ada pengesahan yang sah daripada pihak berkuasa.

Dua lagi mangsa kanakkanak perempuan yang masih hilang iaitu Nuraina Ibrahim berumur 1 tahun enam bulan (anak Norfaida) dan seorang lagi belum dikenal pasti identitiny­a berumur 8 tahun.

 ??  ?? MAYAT lelaki dipercayai mangsa bot karam sedang dimasukkan ke dalam plastik mayat oleh anggota polis marin.
MAYAT lelaki dipercayai mangsa bot karam sedang dimasukkan ke dalam plastik mayat oleh anggota polis marin.
 ??  ?? MAYAT mangsa tiba di pangkalan PPM untuk dihantar ke HDOK.
MAYAT mangsa tiba di pangkalan PPM untuk dihantar ke HDOK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia