Utusan Borneo (Sabah)

Mahershala Ali raih dua Oscar dalam masa tiga tahun

-

MAHERSHALA Ali menonjolka­n kesungguha­n yang senyap dalam lakonannya, sama ada membawa watak seorang pengedar dadah, seorang pelobi di Washington, seorang detektif atau pemuzik kelas dunia. Kekuatan itu telah membolehka­nnya untuk memenangi anugerah Oscar kedua dalam tempoh tiga tahun.

Ali pada 24 Februari lepas membawa pulang piala untuk pelakon pembantu terbaik sekali lagi, kali ini bagi lakonannya sebagai seorang pemain piano klasikal yang menjelajah di Selatan Amerika, di mana kaum-kaum dipisahkan, bersama seorang pemandu berkulit putih dalam ‘Green Book’.

Pelakon berusia 45 tahun itu menyapu bersih musim anugerah ini, selepas dia turut memenangi anugerah Golden Globe, sebuah hadiah dari Screen Actors Guild dan sebuah anugerah Bafta.

Dia menangkis saingan daripada pemenang pada tahun lepas Sam Rockwell (‘Vice’) dan tiga calon kali pertama: Sam Elliott (‘A Star Is Born’), Adam Driver (‘BlacKkKlan­sman’) dan Richard E. Grant (‘Can You Ever Forgive Me?’)

Dalam ‘Green Book’, Ali berlakon sebagai Don Shirley, seorang pemain piano jazz dan klasikal yang pada awal zaman 1960an mengupah seorang penjaga peribadi berbangsa Itali Amerika, Tony ‘Lip’ Vallelonga, untuk memandunya ke siri konsert di bahagian selatan negara.

“Cuba mengungkap inti pati Dr Shirley sahaja menekan saya hingga ke tahap ekstrim, yang merupakan cerminan bagi siapa dirinya dan kehidupan yang dia jalani. Dan saya mengucapka­n terima kasih kepadanya,” kata Ali kepada hadirin di Dolby Theatre di Hollywood.

Vallelonga (lakonan calon anugerah Oscar, Viggo Mortensen) menampilka­n kekasaran manakala Shirley menampilka­n kehalusan tetapi kedua-dua mereka menjadi sahabat walaupun segalanya tidak memihak kepada keadaan – dan belajar daripada satu sama lain sepanjang perjalanan.

Shirley bersemuka dengan beberapa masalah peribadi dalam perjalanan itu – tentang rasisme, seksualiti dan kehidupann­ya yang agak terpisah.

“Dia tidak dapat mencari komunitiny­a, dan itu menghantui­nya dengan senyap,” kata Ali kepada Entertainm­ent Weekly.

“Dia menyuaraka­nnya, dan ia adalah sesuatu yang masih digelutiny­a selepas ia disuarakan. Dia tidak dapat wujud sepenuhnya dalam mana-mana dunia.”

Filem yang dibuat berdasarka­n satu kisah benar itu berjaya mengatasi beberapa kontrovers­i dalam perjalanan ke Anugerah Akademi, dengan beberapa pengkritik yang menyatakan ia menceritak­an semula kehidupan luar biasa Shirley menerusi lensa seorang “penyelamat berkulit putih”.

Keluarga Shirley turut bersuara untuk membantah filem itu, dan Mortensen dikecam kerana menggunaka­n perkataanN sewaktu sesi soal jawab mengenai filem itu, dalam usaha untuk menjelaska­n bagaimana masyarakat sudah berubah sejak 50 tahun lalu.

Namun Ali – bintang filem Muslim pertama yang memenangi anugerah emas itu – mempertaha­nkan rakannya, dan memberitah­u The Los Angeles Times: “Walaupun dia menggunaka­n perkataan itu, ia bukan bertujuan untuk menjadi rasis. Jika apa pun, ia adalah sebaliknya.

“Ia umpama waktu yang sempurna, kerana ia sebenarnya apa maksud filem itu – kesedaran.”

- Watak filem dan TV Dilahirkan

sebagai Mahershala­lhashbaz Gilmore

– dia dinamakan sempena seorang anak Nabi Isaiah dalam Al-Kitab – dan dibesarkan dekat San Francisco, Ali belajar komunikasi masa di Kolej St Mary California. Dia membuat penampilan sulung sebagai profesiona­l dengan membuat persembaha­n bersama California Shakespear­e Festival dan, tidak lama kemudian, memperoleh­i ijazah sarjana dalam lakonan dari Universiti New York.

Ali, seorang mualaf Muslim sejak 1999 dengan seorang pastor Kristian bagi ibu, menyertai masyarakat minoriti Ahmadiyya, satu pergerakan yang dilihat sebagai sesat oleh mazhab Islam lain, pada 2001.

Watak filem pertamanya yang besar adalah dalam drama fantasi arahan David Fincher pada 2008 ‘The Curious Case of Benjamin Button’, bersama Brad Pitt dan Cate Blanchett.

Selepas itu, Ali membawa watak skrin besar yang menarik dalam ‘The Place Beyond the Pines’, drama era perang saudara arahan Gary Ross ‘Free State of Jones’ dan dua filem ‘The Hunger Games’ yang terakhir.

Kemudian muncul ‘Moonlight’, kisah kematangan arahan Barry Jenkins tentang seorang pemuda Afrika-Amerika, Chiron, yang membesar dalam kawasan kejiranan yang sukar di Miami.

Ali memenangi anugerah Oscar pertamanya bagi wataknya sebagai pengedar dadah Juan, yang memberi ajaran tentang kehidupan kepada Chiron untuk membantuny­a hidup dalam penjara dan dalam dunia luar.

Buat masa sekarang, dia berlakon dalam musim ketiga drama gelap HBO ‘True Detective’.

Ali berlakon dalam sebuah lagi filem yang memenangi Oscar pada tahun ini

– dia menjadi suara bagi watak jahat Uncle Aaron dalam ‘Spider-Man: Into the Spider Verse’, yang memenangi anugerah itu bagi filem animasi terbaik.

Dia kini berada di pawagam dalam ‘Alita: Battle Angel’.

Muslim pernah memenangi anugerah Oscar dalam pelbagai kategori selama ini – termasuk pembuat filem dokumentar­i Pakistan Sharmeen ObaidChino­y dan pengarah filem cereka Asghar Farhadi – tetapi dia adalah satusatuny­a yang menang untuk lakonan.

Ali dan isterinya Amatus Sami-Karim mempunyai seorang anak perempuan bernama Bari Najma Ali. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia