Utusan Borneo (Sabah)

Serangan bom nekad, sepuluh disyaki anggota IS dihukum mati

10 lelaki disyaki anggota IS dihukum mati selepas serangan nekad

-

BEIRUT: Pejuang yang mengawal wilayah barat daya Idlib di Syria menyatakan 10 anggota kumpulan Islamic State telah dihukum mati kelmarin, sehari selepas satu serangan bom yang kuat.

Seorang pengebom nekad membunuh lapan orang, termasuk lima pejuang jihad, di sebuah restoran di bandar Idlib pada Jumaat lepas, menurut Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain.

Wilayah Idlib bersempada­n dengan Turki dan didominasi oleh sebuah pakatan diketuai oleh bekas kumpulan gabungan Al-Qaeda di Syria, Hayat Tahrir al-Sham (HTS).

Bahagian propaganda bagi kumpulan Ebaa menghantar satu kenyataan atas talian menyatakan 10 orang anggota IS yang disyaki telah dihukum mati.

“Ini berlaku sehari selepas seorang anggota kumpulan telah meletupkan diri mereka sendiri di sebuah restoran,” menurut Ebaa.

Pihak Observator­y mengesahka­n hukuman mati oleh HTS dan menyatakan mereka telah melakukann­ya “di depan restoran tersebut”.

HTS merampas kawalan pentadbira­n bagi seluruh wilayah Idlib pada bulan lepas, selepas menumpaska­n kumpulan yang lebih kecil yang disokong oleh Turki.

Wilayah telah melihat kumpulan pejuang jihad dan pemberonta­k mensasarka­n satu sama lain dengan serangan maut, dan kumpulan sokongan IS telah diketahui sebagai turut hadir.

Idlib telah dilindungi dari satu serangan besar-besaran oleh rejim Presiden Bashar al-Assad sejak September, hasil dari satu perjanjian zon penampan yang dipersetuj­ui oleh sekutu Rusia di Damsyik dan penyokong pemberonta­k Turki.

Namun ia telah dilanda oleh serangan sekali-sekala oleh kerajaan.

Lapan tahun dalam satu konflik yang pelbagai keadaan yang mengorbank­an lebih dari 360,000 orang, kerajaan Syria telah merampas semula beberapa bahagian besar di wilayah untuk mengawal kira-kira dua pertiga dari negara ini.

Di bahagian timur Syria pejuang tegar IS telah berperang bagi mempertaha­nkan bahagian terakhir dari “kerajaan” yang diakui sendiri oleh kumpulan itu dari sebuah pasukan tentera yang disokong oleh AS. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG lelaki memeriksa kerosakan dan kemusnahan di dalam restoran susulan serangan bom nekad di Idlib, Jumaat lalu. — Gambar AFP
SEORANG lelaki memeriksa kerosakan dan kemusnahan di dalam restoran susulan serangan bom nekad di Idlib, Jumaat lalu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia