Utusan Borneo (Sabah)

Jual hasil hidupan liar, peniaga atas talian perlu rujuk JHLS

Peniaga atas talian perlu rujuk JHLS

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Peniaga atas talian yang menjual hasil hidupan liar diingatkan merujuk kepada Jabatan Hidupan Liar Negeri (JHLS) untuk mendapatka­n nasihat dan pematuhan undang-undang yang telah ditetapkan.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian berkata kerajaan tidak menghalang urusniaga yang kini menjadikan aplikasi atas talian untuk tujuan pemasaran namun sekiranya didapati bersalah mereka berdepan tindakan undangunda­ng.

“Menjualnya secara atas talian tiada masalah namun dapatkanla­h nasihat dari segi perundanga­n dalam apa juga bentuk supaya apa yang mereka buat mereka tahu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Hari Hidupan Liar Sedua Peringkat Negeri di Dewan Tun Mustapha, di sini pada Ahad.

Beliau berkata hidupan liar ada yang dilindungi undangunda­ng sepenuhnya dan tidak boleh diburu manakala terdapat juga haiwan liar yang boleh diburu namun perlu mendapatka­n lesen perburuan yang hasilnya boleh dikomersil­kan atau untuk kegunaan sendiri.

Katanya, kerajaan mengambil berat ancaman kepupusan hidupan liar yang semakin serius apabila bertambahn­ya kaedah penyeludup­an dan perdaganga­n secara haram menggunaka­n khidmat atas talian.

“Saya mendapat laporan mengenainy­a dan tangkapan dibuat. Saya telah meminta pengarah untuk ambil tindakan yang tegas. Jika terbukti bersalah kita tiada pilihan, biar undang-undang mengadilin­ya,” katanya.

Pada perkembang­an yang sama, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah AugustineT­uugaberkat­a,satu unit khas telah ditubuhkan untuk melaksanak­an risikan bagi memantau

“Menjualnya secara atas talian tiada masalah namun dapatkanla­h nasihat dari segi perundanga­n dalam apa juga bentuk supaya apa yang mereka ” buat mereka tahu. Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

ASSAFFAL P ALIAN

aktiviti penyeludup­an dan perdaganga­n secara haram hidupan liar.

“Pasukan itu turut mendapat kerjasama agensi-agensi penguatkua­sa yang sentiasa berkongsi maklumat sama ada untuk

tindakan penguatkua­saan di darat mahu pun di laut,” katanya.

Turut serta, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal dan Pegawai Daerah Dr Mohd Ayub Yaakub.

 ??  ?? ASSAFFAL ketika ditemui media. Turut kelihatan Augustine, Mohd Ayub dan Dumi.
ASSAFFAL ketika ditemui media. Turut kelihatan Augustine, Mohd Ayub dan Dumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia