Utusan Borneo (Sabah)

Peraturan kawal selia vape, shisha masih dirangka

-

IPOH: Kementeria­n Kesihatan masih lagi pada peringkat merangka draf bagi menggubal undang-undang baharu yang mengawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata usaha merangka undang-undang baharu itu perlu dilakukan secara terperinci sebelum dibentangk­an di kabinet.

“Saya tidak boleh janji bila ia (draf) boleh siap kerana kita masih dalam perbincang­an dengan beberapa badan bukan kerajaan untuk menyiapkan draf tersebut.

Selepas kertas cadangan itu siap kita akan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan seterusnya dibentangk­an di kabinet dan Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pendengara­n Malaysia di sebuah pusat beli-belah, di sini pada Ahad.

Pada 20 Okt lepas, Dr Lee dilaporkan berkata kemente- riannya sedang menggubal undang-undang baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha di negara ini dan akan dibentangk­an di kabinet tidak lama lagi selepas draf mengenainy­a siap.

Menurutnya undang-undang sedia ada hanya membabitka­n pengawalan produk tembakau bawah Akta Makanan 1983 dan produk mengandung­i nikotin menurut Akta Racun 1952, tetapi tiada undang-undang bagi mengawal produk vape tiada kandungan nikotin.

Mengenai larangan merokok yang akan dikuatkuas­akan sepenuhnya pada 1 Julai ini, Dr Lee berkata setakat ini bilangan individu yang melanggar arahan itu menunjukka­n penurunan sejak dilaksanak­an secara berperingk­at pada 1 Jan lalu.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak kerana memberi sokongan kepada pelaksanaa­n ini walaupun tiada kompaun dikeluarka­n dan saya harap pelaksanaa­n ini berterusan,” katanya.

Sebelum ini, Kementeria­n Kesihatan mengeluark­an arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Bagaimanap­un bagi tempoh enam bulan pertama Kementeria­n Kesihatan tidak akan mengeluark­an sebarang kompaun sebaliknya pesalah hanya akan diberikan notis amaran. -Bernama

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia