Utusan Borneo (Sabah)

Bayar balik atau pelajar baharu tidak dapat pinjaman PTPTN

-

KANGAR: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan meminta agar peminjam PTPTN menjelaska­n pinjaman mereka supaya wang itu boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu.

Beliau berkata kegagalan peminjam membayar balik pinjaman mungkin akan menjejaska­n peluang pelajar-pelajar yang baharu memasuki institusi pengajian tinggi mendapat bantuan agensi itu.

“SejakPTPTN­diwujudkan 21 tahun lepas, seramai 362,000 daripada 1.9 juta orang peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM2.7 bilion.

“Jika seorang peminjam dikecualik­an membayar balik pinjaman, bermakna seorang pelajar baharu tidak akan mendapat pinjaman,” kata Wan Saiful kepada Bernama pada jamuan Keluarga Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) di sini pada Ahad.

Beliau berkata peminjam harus sedar wang yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka dipinjam oleh PTPTN daripada bank yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus sedangkan pelajar dikenakan faedah satu peratus sahaja oleh PTPTN.

Menurutnya sehingga sekarangPT­PTNmempuny­ai hutang pokok dengan bank sebanyak RM40 bilion dan faedah pinjaman itu sahaja berjumlah RM12 bilion.

“PTPTN bagaimanap­un masih mencari formula terbaik bagi meringanka­n beban peminjam supaya dapat membayar balik pinjaman di samping beban hutang PTPTN sendiri berkuranga­n,” katanya. Bernama

 ??  ?? WAN SAIFUL
WAN SAIFUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia