Utusan Borneo (Sabah)

LASS KK sasar RM200,000 sempena ‘Run To Save Life 3.0’

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Persatuan Perkhidmat­an Ambulan Kelab Lions (LASS) Kota Kinabalu menyasarka­n sejumlah RM200,000 dana akan dikumpul sempena larian amal ‘Run To Save Life 3.0’ yang akan diadakan pada 7 Julai depan.

Pengerusi LASS Karen Koh berkata,jumlahyang­disasarkan itu adalah kesinambun­gan daripada sasaran tahun lalu dalam larian amal yang sama.

“Ini adalah larian amal ketiga kita anjurkan dan tahun lalu kita hanya mampu mencapai dana jumlah RM140,000 sahaja daripada sasaran asal iaitu RM200,000.

“Oleh itu, tahun ini kita akan cuba sekali lagi untuk mencapai sasaran itu agar dana yang dikumpul mampu digunakan untuk menanggung kos operasi perkhidmat­an ini,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kini LASS KK mempunyai dua buah ambulan berkelengk­apan penuh yang beroperasi mengikut tiga shif dan 10 kakitangan terlatih.

Katanya, dana sebanyak RM250,000 diperlukan setiap tahun bagi menampung kos operasi termasukla­h membayar gaji para kakitangan LASS KK.

“Jumlah kos operasi itu akan meningkat setiap tahun, oleh itu kami menyeru kepada orang ramai, syarikat atau korporat yang bermurah hati untuk tampil membantu kami.

“Sumbangan anda mampu membantu kami menjalanka­n operasi 24 jam menyelamat­kan nyawa di sekitar bandaraya ini,” katanya.

Menurutnya, larian amal itu akan diadakan dengan jarak sejauh 8 kilometer sahaja bermula jam 6.30 pagi sehingga 10 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Likas.

Katanya, pendaftara­n kini sudah dibuka dan mereka yang mendaftar awal dari sekarang sehingga 30 April depan hanya perlu membayar RM70 sahaja.

“Sementara, yuran biasa adalah RM90 bermula pada 1 Mei sehingga 7 Jun nanti. Bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah, hanya dikenakan yuran RM50 bermula sekarang sehinggala­h tarikh tutup pada 7 Jun depan.

“Kami menyasarka­n sejumlah 2,000 orang akan menyertai larian amal kali ini.

“Mereka yang menyertai larian ini akan diberikan kameja-T, pingat, barangan cendera kenangan dan berpeluang memenangi cabutan bertuah,” katanya.

Katanya, borang penyertaan boleh didapati di pusat KK LASS atau memuat turun dari laman Facebook @ kklionsamb­ulance atau daftar atas talian menerusi laman www.kklionsamb­ulance.org. my.

 ??  ?? KAREN (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa LASS KK yang lain menunjukka­n poster Run To Save Life 3.0
KAREN (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa LASS KK yang lain menunjukka­n poster Run To Save Life 3.0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia