Utusan Borneo (Sabah)

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia sedang dikaji dan diperkemas

-

KUALA LUMPUR: Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memberikan punca kuasa penguatkua­saan media sosial dan internet kepada pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dikaji dan diperkemas­kanuntukme­mastikan skop dan penggunaan­nya tidak memberi ruang untuk disalahgun­akan.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata ia antara usaha yang dilakukan MCMC bagi memastikan sebarang anasir yang boleh menggugat kesejahter­aan masyarakat dan negara dapat dikawal dan dibendung sepenuhnya.

“Selain itu, suruhanjay­a itu akan mempergiat­kan lagi aktiviti mendidik masyarakat melalui program-program advokasi Klik Dengan Bijak untuk memupuk pembudayaa­n penggunaan internet secara positif dan berhemah,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata ia menyedari terdapat segelintir pihak yang bertindak menyebarka­n agenda yang boleh memecahbel­ahkan perpaduan antara kaum serta mengganggu-gugat ketenteram­an awam, lantas menjurus kepada polemik perkauman dan keagamaan.

Sehubungan itu, MCMC berkata pihaknya menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya tidak akan berkomprom­i dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggugat keselamata­n, kestabilan dan keharmonia­n negara menerusi penyalahgu­naan saluran media sosial dan Internet.

“Sebanyak 47 kertas siasatan telah dibuka oleh MCMC antara tahun 2018 hingga Feb tahun ini dengan lima daripadany­a telah dijatuhkan hukuman. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 2,358 proses bantuan teknikal dan pengenalpa­stian maklumat bagi membantu proses siasatan agensi penguatkua­saan telah dilaksanak­an oleh MCMC.

“Selain itu, sebanyak 3,407 akaun media sosial palsu termasuk disalahgun­akan untuk penyebaran mesej bersifat ekstrimis, kebencian dan fitnah serta 1,163 kandungan berunsur sama telah disusuli dengan tindakan pemadaman dengan kerjasama pihak pengendali platform media sosial antarabang­sa,” demikian menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh yang sama, MCMC turut membantu menguar-uarkan maklumat bagi menangani 979 berita palsu yang tular di media sosial dan internet, melalui inisiatif portal sebenarnya. my yang dikendalik­annya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia