Utusan Borneo (Sabah)

Inti Kolej, Lazada berkolabor­asi

Anjur program pupuk bakat digital

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Inti Kolej Sabah (Inti) berkolabor­asi dengan platform e-dagang nombor satu Malaysia Lazada menganjurk­an pelbagai inisiatif atau program bagi memupuk bakat digital dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Leo Chow berkata, kemahiran digital dan e-dagang adalah dua daripada lima kemahiran yang dicari oleh majikan.

Katanya, ia juga penting bagi memenuhi keperluan semasa yang kini menunjukka­n peningkata­n permintaan kepada bakat berkenaan.

“Kami percaya dengan kemahiran dan latihan betul, Sabah mempunyai potensi besar untuk menghasilk­an bakat e- dagang masa depan yang berkualiti.

“Kerjasama ini adalah yang pertama seumpamany­a diadakan bersama dengan sebuah institusi pengajian di Malaysia Timur.

“Melalui usaha ini, penduduk Sabah dapat diperkasak­an dengan kecekapan digital, serta memperluas­kan pengetahua­n serta peralatan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital, khususnya bidang e-dagang dengan kepakaran Lazada,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Seiring dengan kerjasama itu, Inti bersama Lazada mengadakan Pertanding­an Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan bertempat di Suria Sabah yang disertai 50 sekolah menengah.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri kepada Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin.

Dalam pada itu, Ketua Pembabitan Pengedar untuk Lazada Malaysia Yamunah A/P Tangarajah turut berkongsi ilmu berkaitan e-dagang selain selingan permainan dan aktiviti untuk pengunjung.

Objektif aktiviti terbabit bagi memberi kesedaran mengenai e-dagang serta manfaat yang diperoleh melalui keusahawan­an digital seiring dengan ikrar Lazada yang menyokong lapan juta usahawan e-dagang serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Asia Tenggara untuk berkembang pada tahun 2030.

Lazada turut menyalurka­n bantuan kepada PKS untuk mendigital­kan perniagaan usahawan serta mendapatka­n akses lebih baik kepada pengguna internet, mengurangk­an halangan masuk bagi penjual cipta jenama sendiri di Lazada, dan membenarka­n mereka meneroka rangkaian logistik bagi memudahkan pemindahan barangan.

Ketika berucap, Mohammad berkata inisiatif itu bertepatan pada waktunya kerana sejajar dengan kepentinga­n dasar Sabah iaitu untuk mengembang­kan pertumbuha­n digital dalam negeri.

“Diharapkan inisiatif yang berterusan seperti ini, Sabah akan dapat membekalka­n bakat digital yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat.

“Saya amat gembira kerana ia juga akan mampu memperkasa­kan belia di Sabah dengan pengetahua­n serta kemahiran yang diperlukan untuk tenaga kerja masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Inti Kolej Sabah Roselyn Chua berkata, pihaknya juga mengakui sememangny­a ada keperluan untuk perkembang­an digital terutama di dalam dunia IR 4.0.

“Kerjasama kami dengan rakan-rakan industri seperti Lazada dan Alibaba mempamerka­n usaha kami untuk menyediaka­n graduan Inti yang berkemahir­an tinggi serta berdaya saing dalam industri e-dagang secara global.

“Dengan program seperti Alibaba Global E-Commerce Talent (GET) yang tersedia untuk pelajar kami, graduan kami mampu membina keyakinanm­erekadalam­bidang e-dagang dan keusahawan­an.

“Pengalaman ini juga akan mewujudkan peluang bagi pelajar, usahawan tempatan dan orang ramai melibatkan diri dalam bidang ini,” katanya.

Pada 2018, kerajaan negeri meluluskan tambahan sebanyak RM1 juta untuk merangsang ekonomi digital negeri Sabah, selain menyasarka­n untuk menyokong 1,000 pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) di Sabah dalam usaha untuk menjadi usahawan digital.

 ??  ?? MOHAMMAD
(tengah) dan Roselyn (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada majlis berkenaan.
MOHAMMAD (tengah) dan Roselyn (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada majlis berkenaan.
 ??  ?? WAKIL
dari Inti Kolej Sabah menerangka­n mengenai bidang-bidang yang ditawarkan di kolej berkenaan.
WAKIL dari Inti Kolej Sabah menerangka­n mengenai bidang-bidang yang ditawarkan di kolej berkenaan.
 ??  ?? MOHAMMAD mencuba urutan daripada Persatuan Orang Buta Sabah yang turut membuka gerai pameran pada majlis berkenaan.
MOHAMMAD mencuba urutan daripada Persatuan Orang Buta Sabah yang turut membuka gerai pameran pada majlis berkenaan.
 ??  ?? MOHAMMAD (kiri) berkesempa­tan mencuba permainan digital yang semakin popular pada masa kini.
MOHAMMAD (kiri) berkesempa­tan mencuba permainan digital yang semakin popular pada masa kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia