Utusan Borneo (Sabah)

LGM dicadang buka kaunter mini di setiap daerah

-

ALOR SETAR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran membuka lebih banyak kaunter mini di setiap daerah bagi memudahkan pekebun dan penoreh berurusan dengan badan itu termasuk membuat tuntutan Insentif Pengeluara­n Getah (IPG).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata pada masa ini didapati masih ramai penoreh dan pekebun kecil yang belum menuntut IPG dengan sebahagian merasakan tidak berbaloi untuk berbuat demikian kerana perlu ke pejabat LGM yang jauh.

“Kita cadangkan agar kaunter mini ini dibuka di setiap daerah kerana apabila kita naikan harga lantai getah daripada RM2.20 kepada RM2.50 sejak Januari lalu, akan ramai yang pergi buat tuntutan IPG.

“Sebelum ini mereka tidak menoreh kerana harga getah murah dan tak berbaloi untuk mereka pergi jauh dan membuat tuntutan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alor Janggus di sini pada Ahad.

Amiruddin berkata kaunter mini itu juga boleh menjadi pusat maklumat kepada penoreh dan pekebun kecil bagi mendapatka­n perkembang­an semasa berkaitan getah dan dasar-dasar kerajaan mengenai industri tersebut.

Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangk­an November tahun lalu, kerajaan mengumumka­n peruntukan IPG sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangk­an kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia