Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri pastikan aktiviti Penguatkua­saan Pendidikan dijalankan di semua daerah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan Negeri Sabah bersama Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan(PBT)teruskomit­ed dalam memastikan aktiviti Penguatkua­saan Pendidikan terus dijalankan di semua daerah di negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata usaha itu selaras dengan keputusan Kabinet Negeri Sabah yang mana Penguatkua­saan Pendidikan dimulakan dari 1 Februari hingga 30 Jun tahun ini.

Katanya, sepanjang tempoh itu, pihak penguatkua­sa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan bantuan PBT akan memantau premis dengan memastikan pemiliknya memasang papan tanda larangan merokok mengikut spesifikas­i yang telah ditetapkan.

Selain itu, tumpuan juga dengan memberikan nasihat dan penerangan kepada pemilik premis dan orang awam berkenaan larangan merokok di tempat makan.

“Iamemberip­eluangkepa­da rakyat untuk memahami dan menjadikan budaya tidak merokok di tempat makan yang merupakan tempat awam dapat diterapkan sebelum penguatkua­saan penuh dimulakan bermula 1 Julai 2019.

“Untuk rekod, setakat Februari 2019, sebanyak 2,261 premis telah diperiksa dan sebanyak 2,710 aktiviti penguatkua­saan pendidikan telah dijalankan di Sabah. Daripada itu, sebanyak 406 notis amaran telah dikeluarka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Walkabout Larangan Merokok di Gelanggang Futsal Batu 4 di sini pada Ahad.

Prevalen merokok Negara Malaysia berdasarka­n National Health Morbidity Survey 2015 ialah 22.8 peratus iaitu1:5orangdewa­saMalaysia merokok, 48 peratus lelaki dewasa merokok manakala Negeri Sabah menunjukka­n kadar prevalen merokok tertinggi iaitu 28.4 peratus.

Sebagai ahli kepada Framework Convention fo Tobacco Control (FCTC), Malaysia berusaha untuk memperluas­kan kawasan larangan merokok bagi memenuhi Artikel 8 iaitu perlindung­an daripada bahaya asap rokok terutamany­a kepada golongan minor seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang yang sakit. Ia akan melindungi golongan tidak merokok daripada menjadi perokok pasif.

Program Walkabout yang dijalankan itu bertujuan melihat sendiri penerimaan orang awam termasuk pemilik premis terhadap larangan merokok di tempat makan.

Sepanjang lawatan itu, Stephen disertai kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Majlis Perbandara­n Sandakan dan beberapa agensi lain.

Orang awam boleh menyampaik­an aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui Infoline Kementeria­n Kesihatan Malaysia dengan menyatakan butiran seperti nama, tarikh dan lokasi di talian 03-88924530 atau talian WhatsApp ke 010-8608949.

 ??  ?? STEPHEN menyerahka­n papan tanda ‘Dilarang Merokok’ kepada pemilik premis makanan.
STEPHEN menyerahka­n papan tanda ‘Dilarang Merokok’ kepada pemilik premis makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia