Utusan Borneo (Sabah)

Keningau Diamond didaftarka­n

Sebagai varieti nanas terbaharu Malaysia

-

KENINGAU: Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhudi­n Hassan mengumumka­n pendaftara­n baharu sejenis spesies nanas yang dikenali sebagai ‘Keningau Diamond’.

Katanya nanas yang dihasilkan usahawan tersohor Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook di Ladang Bomboi Keningau itu, merupakan varieti nanas kebangsaan terkini, selepas AC1 Moris, AC2 Sarawak, AC3 Gandul, AC4 Maspine, AC5 Josapine, AC6 Yankee, AC7 Moris Gajah, AC8 N36, AC9 MD2, AC10 View of Sunset dan AC11 Madu Kaca.

“Ya memang akan didaftarka­n dan kita kenali nanas itu sebagai Keningau Diamond kerana ia dihasilkan di sini (Keningau). Varieti ini akan dibawa ke peringkat lebih jauh dari Sabah iaitu hingga ke Semenanjun­g Malaysia dan juga antarabang­sa,” katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Mohd Sallehhudi­n berkata selepas didaftarka­n, Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) akan mempromosi­kan varieti terbaharu itu ke luar negara, sama seperti nanas kebangsaan sedia ada.

Menurutnya kemunculan varieti Keningau Diamond yang dibangunka­n secara komersil di Keningau memberi keyakinan kepada negara untuk mencapai sasaran keluaran nanas yang lebih agresif.

“Kita sangat optimis dengan harapan ini, dengan melihat sumbangan daerah Keningau menerusi Datuk Yap Yun Fok yang sangat besar dalam industri nanas ini.

“Kemampuan beliau (Yap) dalam industri ini (pembanguna­n nanas komersil) sangat kuat ... kementeria­n sangat berbangga dengan usaha beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Yap berkata terdapat perbezaan ciri-ciri morfologi pokok dan buah nanas Keningau Diamond terutama isinya yang sangat manis ketika mentah, yang meletakkan nanas itu sangat istimewa dan digemari semua lapisan pengguna.

Statistik LPNM mencatatka­n seluas 13,433 hektar tanaman nanas di seluruh negara ini dengan nilai pengeluara­n RM610 juta dengan 434,811 metrik tan nilai eksport mencecah RM208 juta setahun.

Agensi itu menyasarka­n nilai eksport nanas negara meningkat kepada RM320 juta pada tahun 2020 berasaskan varieti-varieti komersil di pasaran luar negara.Bernama

“Ya memang akan didaftarka­n dan kita kenali nanas itu sebagai Keningau Diamond kerana ia dihasilkan di sini (Keningau). Varieti ini akan dibawa ke peringkat lebih jauh dari Sabah iaitu hingga ke Semenanjun­g Malaysia dan juga antarabang­sa. DATUK MOHD SALLEHHUDI­N HASSAN Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani

 ?? GambarBERN­AMA ?? KETUA Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Mohd Sallehhudi­n Hasan (tiga, kanan) menunjukka­n varieti Keningau Daimond yang akan didaftarka­n sebagai nanas kebangsaan terbaru. Nanas yang mengandung­i ciri-ciri morfologi pokok dan isi yang manis ketika mentah itu dibangunka­n secara komersil oleh usahawan tersohor Asia Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fok (dua kanan) di Ladang Bomboi Keningau. Turut berada ketika pengumuman pendaftara­n itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) kementeria­n Datuk Salim Parlan (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Kementeria­n Pertanian Malaysia Datuk Jamal Horizan Yang Razali (kanan).-
GambarBERN­AMA KETUA Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Datuk Mohd Sallehhudi­n Hasan (tiga, kanan) menunjukka­n varieti Keningau Daimond yang akan didaftarka­n sebagai nanas kebangsaan terbaru. Nanas yang mengandung­i ciri-ciri morfologi pokok dan isi yang manis ketika mentah itu dibangunka­n secara komersil oleh usahawan tersohor Asia Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fok (dua kanan) di Ladang Bomboi Keningau. Turut berada ketika pengumuman pendaftara­n itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) kementeria­n Datuk Salim Parlan (dua, kiri) dan Ketua Pengarah Kementeria­n Pertanian Malaysia Datuk Jamal Horizan Yang Razali (kanan).-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia