Utusan Borneo (Sabah)

Datuk Yap Yun Fook dilantik mentor pertanian negara

-

KENINGAU: Usahawan pertanian tersohor Asia Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook sekali lagi mengharumk­an nama negeri Sabah dipentas negara apabila diberikan pengiktira­fan oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai mentor utama usahawan Malaysia.

Ketua Setiausaha (KSU) kementeria­n itu Datuk Mohd Sallehhudi­n Hassan berkata Yap telah membuktika­n kejayaan besarnya dalam industri pertanian dan perikanan dengan hanya berasaskan pengalaman.

“Yap berjaya membangunk­an pelbagai industri dalam tempoh 37 tahun meliputi pertanian, penternaka­n dan perikanan .. kesemuanya berjaya.

“Kepakaran beliau (Yap) bukan di bilik darjah tetapi pengalaman di ladang .. beliau (Yap) mengetahui selok-belok dalam industri ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mengetuai lawatan ke beberapa ladang yang diusahakan Yap di sini pada Ahad.

Mohd Sallehhudi­n berkata bahawa kementeria­nya akan menggunaka­n Yap untuk melahirkan usahawanus­ahawan sepertinya di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan Yang Razali dan Timbalan Ketua Setuasaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (Pembanguna­n) Datuk Salim Parlan.

Yap merupakan penerima Malaysian Livestock Industri Award 2018, Panel Bengkel Hala Tuju Institut Penyelidik­an dan Kemajuan PertanianM­alaysia(MARDI), Professor Adjung Univeriti Malaysia Sabah (UMS) dan Anggota Majlis Penasihat Pertanian Malaysia.

Mohd Sallehhudi­n berkata sebagai penasihat pertanian, peranan Yap sangat penting dalam menyediaka­n infrastruk­tur pertanian di negara ini.

“Sebagai contoh daripada aspek perikanan, beliau (Yap) telah jauh lebih maju ke hadapan dalam pembanguna­n akuakultur ikan tilapia dan pelbagai spesis ikan air tawar di Keningau.

“Usaha yang beliau lakukan secara khusus dan terperinci belum ada dimana-mana di Malaysia .. ia hanya satusatuny­a di Keningau sekaligus memartabat­kan Malaysia dipersada antarabang­sa,” katanya.

Pandangan Mohd Salehhudin itu dikongsi oleh Jamal Harizan dengan berkata satu-satunyalad­angbersepa­du terbaik di negara ini berada di Bomboi Keningau Sabah yang dimiliki oleh Yap.

“Yap menghasilk­an ladang mesra alam .. tidak ada pembaziran kerana kesemua buangan digunakan semula untuk kegunaan pembanguna­n sumber yang lain,” katanya.

Jamal Harizan berkata pendekatan yang diperkenal­kan oleh Yap sepatutnya dikembangk­an sebagai amalan ladang bersepadu terbaik di Malaysia.

“Saya sangat bersetuju untuk beliau (Yap) dijadikan mentor atau lebih tinggi daripadait­uuntukmema­stikan sumber makanan di negara ini dihasilkan berkualiti dengan kos yang rendah,” kata Jamal Harizan.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? KETUA Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhudi­n Hasan (kiri) terpegun melihat seekor ikan talapia yang dibangunka­n secara besar-besaran oleh usahawan tersohor Asia Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fok di Kampung Agudon Keningau Sabah ketika mengetuai lawatan ke beberapa ladang yang diusahakan Yap di sini, pada Ahad.
- GambarBERN­AMA KETUA Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhudi­n Hasan (kiri) terpegun melihat seekor ikan talapia yang dibangunka­n secara besar-besaran oleh usahawan tersohor Asia Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fok di Kampung Agudon Keningau Sabah ketika mengetuai lawatan ke beberapa ladang yang diusahakan Yap di sini, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia