Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bayar RM200 juta faedah hutang ECRL: Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menjelaska­n bayaran faedah sebanyak RM200 juta kepada kontraktor utama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata bayaran faedah terhadap hutang berjumlah RM55 bilion itu dibuat kepada China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC), selaku kontraktor utama ECRL.

“Dalam enam bulan ini, untuk faedah sahaja, kita terpaksa bayar RM200 juta atas hutang RM55 bilion yang dibuat kerajaan terdahulu.

“Duit ini sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat tetapi terpaksa digunakan untuk membayar hutang yang ditinggalk­an,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Landskap Negara di Taman Botani di sini pada Ahad.

Projek ECRL adalah pengangkut­an awam penumpang dan kargo sepanjang 688 kilometer yang dilancarka­n pada Ogos 2017 dan dijadualka­n siap pada 2024, kini dikaji semula kerajaan Pakatan Harapan dengan rundingan di antara Malaysia dan China masih dijalankan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata perbincang­an pihaknya dengan kontraktor terbabit juga mendapati projek itu boleh dilaksanak­an dengan kos RM35 bilion, jauh lebih rendah berbanding harga RM55 bilion yang dipersetuj­ui kerajaan dahulu.

“Dia boleh buat dengan kos RM35 bilion sahaja tetapi kenapa kontrak sehingga RM55 bilion, mungkin kerana mahu ‘curi duit’ itu,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia