Masalah bekalan air selesai
Penduduk Kg Lubuk Darat luah rasa syukur dan terima kasih
KOTA KINABALU: Isu bekalan air terputus selama lapan bulan di Kampung Lubuk Darat, Sipitang akhirnya berjaya diatasi.
Pendudukkampungsangat bersyukur dan berterima kasih di atas usaha yang diberikan Menteri Pelajaran dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusuf Yacob bersama Jabatan Air Daerah Sipitang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.
Pengerusi Persatuan Kedayan Sabah Zon Usuk Suhaili Bair berkata, kejayaan menyelesaikan masalah itu adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.
“Sesi dialog yang dibuat pada hari ini (Ahad) adalah langkahbijakpihakberkaitan untuk menangani masalah penduduk bukan saja dari Kg Lubuk Darat tetapi juga kampung di sekitarnya yang terlibat sama dalam masalah itu, khususnya Zon Mesapol dan Usuk.
“Kesanggupan Amarjit Singh selaku pengarah Jabatan Air Negeri Sabah serta kakitangan beliau untuk turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi seterusnya menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk di sini sangat dipuji,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Penduduk kampung Ayub Mail berkata, tindakan pantas seumpamanya sangat diperlukan masyarakat dalam kampung yang terjejas bekalan air bersih.
“Saya berterima kasih kepada Jabatan Air di atas tindakan pantas dan berkesan yang dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Siti Hamisah Ahmad yang juga tinggal di kampung berkenaan berkata, sebagai golongan wanita yang banyak menggunakan air dalam mengurus rumah tangga, bekalan air bersih yang berpanjangan adalah sangat penting untuk menjamin kebersihan serta keselesaan ahli keluarga.
Selain itu, katanya, bekalan air bersih itu juga akan dapat menjamin kesihatan penduduk dan mengelakkan daripada jangkitan penyakit berjangkit bawaan air.
“Kerjasama semua jentera dalam menangani situasi ini merupakan kayu pengukur bagi perkhidmatan pihak berkaitan.
“Oleh itu, diharapkan tindakan seperti ini akan berterusan demi memenuhi kehendak rakyat yang sangat memerlukan,” katanya.