Utusan Borneo (Sabah)

Kualiti IPG Kota Bharu dipertingk­at, fokus pasaran IndoChina

-

KOTA BHARU: Kualiti Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu di Pengkalan Chepa akan dipertingk­atkan, sekaligus mampu menjadi pusat latihan bagi guru-guru dari IndoChina.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah itu diambil selepas Kementeria­n Pendidikan mengkaji semula fungsi institut berkenaan yang hampir ditutup ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu.

“Dalam tempoh terdekat ini kita nak tingkatkan kualiti IPG Kota Bharu serta latihan dalam perkhidmat­an. IPG Kota Bharu istimewa kerana ia mempunyai kebitaraan (keunikan) untuk pasaran antarabang­sa terutama bagi IndoChina sekaligus dapat membawa nilai ekonomi kepada Kelantan.

“Buat masa ini, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kota Bharu menawarkan latihan secara berkala (kursus Bahasa Malaysia) kepada guruguru dari Selatan Thailand,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran­danPemerka­saan IPG Kampus Kota Bharu di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengarah IPG KotaBharuH­ashimDeram­an, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa dan Pengerusi Biro Pendidikan PH Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor.

Sementara itu, dalam ucapannya, Maszlee berkata selaras dengan dasar progresif kerajaan Persekutua­n yang bersetuju membuka laluan 24 jam ke Thailand, aktiviti pendidikan boleh memainkan peranannya tersendiri dalam merancakka­n ekonomi berasaskan ‘Edu-Economy’.

“IPG Kota Bharu boleh menyumbang kepakaran dalam menjalanka­n kajian, mengetuai program-program seminar serta melatih guruguru dari luar negara.

“Secara tidak langsung, ia menjadikan pendidikan sebagai produk pelanconga­n dan menjadi segmen penting dalam meningkatk­an keupayaane­konomidisa­mping mampu mempromosi­kan Kelantan sebagai pusat kecemerlan­gan akademik serantau,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata elaun guru siswa di IPG seluruh negara sebanyak RM430 sebulan dan belanja tambang dengan kadar maksimum RM500 telah dibuat bayaran berikutan terdapat aduan kedua-dua elaun berkenaan belum dibayar.-Bernama

 ??  ?? MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik (tengah) bergambar bersama warga Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) pada majlis Kesyukuran IPGKKB di Pengkalan Chepa pada Ahad.
MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik (tengah) bergambar bersama warga Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) pada majlis Kesyukuran IPGKKB di Pengkalan Chepa pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia