Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia(KKM)mengesahka­n tiga lagi kes difteria di Johor setakat pada Sabtu.

Dalam kenyataann­ya pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes masing-masing melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Katanya kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas dan kesemua mereka yang jangkiti tinggal di rumah yang sama.

“Kesemua kes telah menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil. Satu kes telah dibenarkan pulang ke rumah manakala dua lagi kes masih dirawat di hospital,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanakkanak lelaki berusia dua tahun sebulan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan difteria.

Dr Noor Hisham berkata lapan orang lagi yang tinggal serumah dengan kes kematian dan tidak bergejala juga diberi rawatan antibiotik sebagai profilaksi­s (pencegahan).

“Keadaan kesihatan mereka dipantau secara harian oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selama 14 hari. Tiada kes baharu dilaporkan dan kejadian adalah terkawal.

“Susulan kejadian wabak difteria di Johor ini, KKM ingin menegaskan kepentinga­n pemberian imunisasi bagi mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lainlain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata penyakit-penyakit itu amat mudah merebak dan kanakkanak berisiko tinggi untuk dijangkiti dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak membantu tubuh mereka membina antibodi yang boleh melawan kuman penyebab penyakit dan memberi perlindung­an daripada jangkitan.

“Sekiranya seseorang yang telah menerima vaksin dijangkiti kuman penyebab penyakit tersebut, gejala yang dialami adalah ringan. Namun, seseorang yang tidak divaksinka­n pula bukan sahaja mudah dijangkiti, tetapi turut berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh menyebabka­n kegagalan fungsi pelbagai organ dan juga kematian,” katanya.

Beliau seterusnya menyeru ibu bapa agar sentiasa memastikan anakanak mereka mendapatka­n imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM dan bagi kanak-kanak yang telah tercicir suntikan, perkhidmat­an imunisasi boleh didapatkan daripada fasiliti kesihatan terdekat.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia