Utusan Borneo (Sabah)

Bisnes ‘bundle’ makin popular

DBM buka cawangan kelapan di Beaufort

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PERNIAGAAN

‘bundle’ kini semakin popular di serata tempat di Sabah sehingga mencetuska­n fenomena baharu di semua peringkat masyarakat.

Selain di kawasan tamu mingguan, peniaga pakaian terpakai kini turut membuka premis perniagaan berhawa dingin untuk menarik kunjungan orang ramai.

Berikutan sambutan menggalakk­an daripada pembeli terhadap pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle itu, D’ Bundle Mania (DBM) membuka satu lagi cawangan di pekan Beaufort bagi memenuhi permintaan pelanggan dan peminatnya.

Pengarah DBM Haris Beddu Rahim ketika ditemui berkata, permintaan terhadap pakaian terpakai ketika ini sangat menggalakk­an,

HARIS BEDDU RAHIM Pengarah DBM

justeru beliau menyahut cabaran untuk membuka cawangan kelapan DBM di Beaufort yang lebih besar dan luas.

Cawangan yang merangkumi empat belas unit kedai itu mempamerka­n pelbagai pakaian dan kasut serta barangan peralatan keperluan rumah (Bric & Brac) pelbagai jenama yang diimport terus dari United Kingdom (UK).

Katanya, sebelum ini beliau mempunyai cawangan DBM di Beaufort tetapi keluasanny­a terhad hanya empat unit kedai, dan ia masih belum mencukupi memandangk­an setiap minggu beliau perlu menambah stok bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Syukur dengan sambutan menggalakk­an daripada pelanggan, kita dapat memperbesa­rkan lagi cawangan DBM di Beaufort seluas 14 unit kedai. Terima kasih juga kepada rakan kongsi saya, iaitu Sahaizuddi­n Odding kerana bersama dalam membuka cawangan DBM.

“Dengan kelebihan dan keluasan ini, kita dapat memperbany­akkan stok seperti pakaian dan kasut lelaki dan wanita, kanak-kanak serta bayi. Istimewany­a mengenai cawangan DBM Beaufort, kita mempunyai bahagian Bric & Brac iaitu barangan peralatan dan keperluan rumah.

“Di DBM Beaufort juga, kita mempunyai lebih 6,000 pasang kasut terpakai berjenama untuk dipilih pelanggan dan peminat kasut. Kita mempunyai pelbagai jenis kasut dari sukan, Jordan hinggalah kasual,” katanya ketika ditemui selepas perasmian cawangan kelapan DBM di Beaufort.

Dalam pada itu, Haris memberitah­u bersempena perasmian cawangan DBM Beaufort, pihaknya telah mengadakan peraduan cabutan bertuah untuk pelanggan mereka.

“Pelanggan yang bertuah akan memenangi pelbagai barangan elektrik berjumlah RM15,000 termasuk 20 keping baucer bernilai RM100 dan 30 keping baucer bernilai RM50.

“Tempoh peraduan adalah selama 10 hari bermula hari ini (2 Mac). Pada hari berikutnya iaitu pada hari kesebelas (12 Mac), kita akan mengumumka­n para pemenang di media sosial iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp,” katanya.

“Syukur dengan sambutan menggalakk­an daripada pelanggan, kita dapat memperbesa­rkan lagi cawangan DBM di Beaufort seluas 14 unit kedai. Terima kasih juga kepada rakan kongsi saya, iaitu Sahaizuddi­n Odding kerana bersama dalam membuka cawangan DBM.

 ??  ?? HARIS melayani salah seorang pelanggan yang ingin bertanya mengenai bahagian Bric & Brac yang baharu.
HARIS melayani salah seorang pelanggan yang ingin bertanya mengenai bahagian Bric & Brac yang baharu.
 ??  ?? BRIC & Brac koleksi barangan keperluan rumah yang diimport dari UK hanya dijual di cawangan DBM Beaufort.
BRIC & Brac koleksi barangan keperluan rumah yang diimport dari UK hanya dijual di cawangan DBM Beaufort.
 ??  ?? HARIS merakamkan gambar bersama koleksi Bric & Brac dari UK yang dijual di cawangan DBM Beaufort.
HARIS merakamkan gambar bersama koleksi Bric & Brac dari UK yang dijual di cawangan DBM Beaufort.
 ??  ?? HARIS memberitah­u setiap koleksi kasut yang diimportny­a dipilihsat­upersatuda­ripadapemb­ekalbagime­mastikanku­aliti dan keadaan kasut terjamin untuk para pelanggann­ya.
HARIS memberitah­u setiap koleksi kasut yang diimportny­a dipilihsat­upersatuda­ripadapemb­ekalbagime­mastikanku­aliti dan keadaan kasut terjamin untuk para pelanggann­ya.
 ??  ?? PELBAGAI jenis pakaian yang terdapat di cawangan DBM Beaufort.
PELBAGAI jenis pakaian yang terdapat di cawangan DBM Beaufort.
 ??  ?? PELBAGAI jenis pilihan kasut yang terdapat di cawangan DBM Beaufort.
PELBAGAI jenis pilihan kasut yang terdapat di cawangan DBM Beaufort.
 ??  ?? PELBAGAI jenis pilihan seluar yang dijual di DBM Beaufort.
PELBAGAI jenis pilihan seluar yang dijual di DBM Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia