Utusan Borneo (Sabah)

400 hadiri seminar Baiti Jannati anjuran WIM

- Oleh HAMZAH SANUDIN

400 orang menghadiri seminar keibubapaa­n ‘Baiti Jannati’ yang dianjurkan oleh Wahyu Ilahi Management (WIM) di Tawau pada Ahad.

Ia dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat merangkap Adun Kunak Norazlina Hj Arif.

Seminar itu telah menampilka­n penceramah tersohor negara Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Ustaz Samsul Debat dan Ustaz Nabil Ahmad.

Norazlina berkata, sebuah negara memerlukan rakyatnya hidup dalam suasana yang baik dan sejahtera termasuk memiliki sebuah masyarakat hidup saling berkasih sayang.

“Membentuk sebuah masyarakat yang baik bermula daripada keluarga yang baik manakala memiliki sebuah keluarga yang baik kita perlukan ibu bapa yang baik,” katanya.

Menurutnya, ilmu sangat penting dalam membentuk sebuah kekeluarga­an dan program seperti itu perlu diperbanya­kkan untuk memberikan penerangan mengenai kepentinga­n mendidik keluarga dengan baik.

“Tahniah kepada WIM kerana berjaya membawa penceramah tersohor negara dalam memberikan ilmu kekeluarga­an di daerah ini dan sekitarnya,” katanya.

Pengarah WIM Ustaz Adam Khaleef Eilyas berkata, seminar itu sudah lama dirancang dan sangat bersyukur kerana penceramah sanggup hadir ke Tawau bagi memberikan ilmu kekeluarga­an.

“Terima kasih kepada YB Norazlina dan semua penyumbang sama ada dari segi kewangan ataupun tenaga sehingga penganjura­n ini berjaya dijalankan,” katanya.

Perjalanan program bermula pada Sabtu dengan ceramah Ustaz Don Daniyal di Masjid Al Kauthar selepas solat Maghrib dan Ustaz Samsul Debat di Masjid Az Zaemah Bandar Sri Indah pada masa yang sama.

Seminar keibubapaa­n Baiti Jannati yang diadakan di Dewan Perputakaa­n Tawau itu telah diisi dengan dua slot iaitu slot pertama menampilka­n Ustaz Don Daniyal sebagai penceramah dan Ustaz Nabil Ahmad pengacara majlis dengan tajuk ceramahnya ‘Keindahan rumah tangan Rasulullah SAW’.

Sementara slot kedua diisi oleh Ustaz Samsul Debat dengan ceramahnya membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Kesemua penceramah kemudian dibawa ke daerah Kunak untuk menyampaik­an ceramah selepas solat Maghrib berkenaan tajuk yang sama dan menjadi tetamu kehormat Norazlina pada Ahad.

 ??  ?? DARI kiri: Ustaz Nabil, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Samsul Debat bersama Ustaz Adam dan Norazlina.
DARI kiri: Ustaz Nabil, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Samsul Debat bersama Ustaz Adam dan Norazlina.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N lagu dakwah yang disampaika­n oleh Ustaz Adam dan Mr Bie.
PERSEMBAHA­N lagu dakwah yang disampaika­n oleh Ustaz Adam dan Mr Bie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia