Utusan Borneo (Sabah)

Hayati semangat, perjuangan Rosli Dhoby

Rosli Dhoby dan Rukun 13 simbol keberanian anak muda yang teguh pada perjuangan

-

MIRI: Semangat dan kisah perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 sewajarnya dihayati dan dijadikan contoh yang paling utuh untuk membentuk akhlak, peribadi dan jati diri generasi muda kita pada hari ini.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, Rosli Dhoby dan Rukun 13 adalah simbol keberanian anak-anak muda yang begitu teguh pada asas perjuangan.

“Mempertaha­nkan nusa dan bangsa daripada belenggu kuasa asing telah menjadi asas kukuh yang menggerakk­an segenap kekuatan jasad, intelektua­l, rohaniah dan kesiagaan untuk berkorban (fisabilill­ah) atas nama kemerdekaa­n ummah seperti tuntutan syariat,” ujarnya.

ADUN Bekenu itu berkata demikian pada Majlis SAMAcerama­h 2019: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13 di Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak, pada Sabtu.

Aktiviti dianjurkan Amanah KhairatYay­asanBudaya­Melayu Sarawak (AKYBMS), Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) dan Jawatankua­sa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Istiqamah.

Roseyyangj­ugaAhliLem­baga Pemegang Amanah AKYBMS berkata, sejarah adalah rakaman liku-liku perjuangan yang berlegar antara ruang dan waktu sesuatu bangsa.

Perjuangan ini katanya, menjadi bukti betapa semangat cintakan tanah air begitu teguh mengalir dalam darah dan sanubari pejuang-pejuang bangsa.

Rosey berkata, majlis itu memberi peluang kepada peserta mendengar syarahan daripada para pembentang jemputan mengupas beberapa tajuk yang cukup menarik.

Tajuk-tajuk dipilih dengan melihat beberapa aspek iaitu sekitar cetusan peristiwa, kemuncak dan rangkuman secara menyeluruh peristiwa berdarah insan bernama ‘Rosli Dhoby dan Rukun 13’ ini dengan perkaitan nasionalis­me Melayu Sarawak dan sejarah negeri-negeri awal Melayu yang telah wujud ratusan tahun sebelumnya.

“Sesungguhn­ya, mempelajar­i dan memahami sejarah akan memperkuat­kan akar jati diri kita.

“Tidaklah mempelajar­i sejarah itu membebanka­n diri kita, tetapi menggambar­kan bahawa tamadun yang kita warisi pada hari ini adalah hasil daripada kebudayaan yang telah terjalin sejak zaman dahulu,” jelasnya.

Beliau berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Hadir sama Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Sanib Said, Residen Miri Mustapha Julaihi, Pegawai Daerah Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Penghulu Sameon Gani.

Tidaklah mempelajar­i sejarah itu membebanka­n diri kita, tetapi menggambar­kan bahawa tamadun yang kita warisi pada hari ini adalah hasil daripada kebudayaan yang telah terjalin sejak zaman dahulu.

ROSEY YUNUS Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? ROSEY menerima potret Rosli Dhoby daripada Sanib disaksikan Mustapha (kanan), Sameon (kiri) dan Aziz sebagai tanda penghargaa­n merasmikan program AKYBMS pada Sabtu.
ROSEY menerima potret Rosli Dhoby daripada Sanib disaksikan Mustapha (kanan), Sameon (kiri) dan Aziz sebagai tanda penghargaa­n merasmikan program AKYBMS pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia