Utusan Borneo (Sabah)

MDLBS perluas khidmat kutipan sampah ke luar bandar: Sempurai

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) telah memperluas­kan khidmat kutipan sampah ke kawasan luar bandar di bawah bidang kuasa majlis.

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berkata, meskipun pihak kontraktor berdepan kesukaran dalam menjalanka­n tugas di luar bandar, namun ia perlu dilaksanak­an.

“Pihak majlis akan terus memantau keperluan perkhidmat­an ini terutama di kawasan luar bandar.

“Kita berharap khidmat kutipan sampah ini dapat diperluask­an berdasarka­n permintaan daripada penduduk,” ujarnya ketika berucap pada Masyuarat Penuh Bulanan MDLBS, baru-baru ini.

Pada tahun ini katanya, pihak majlis akan memberi penekanan terhadap isu kebersihan dengan menguatkua­sakan undangunda­ng sedia ada.

“Pihak majlis telah memberi masa dan amaran yang mencukupi kepada mereka yang berkenaan bagi mamtuhi peraturan,” tegasnya.

Sempurai berkata, salah satu isu yang akan diberi perhatian serius ialah aktiviti menternak haiwan peliharaan terutama ayam di kawasan perumahan.

“Isu lain termasuk berniaga secara haram di kaki lima dan tepi jalan, kebersihan kedai makan, dapur dan tandas serta kebersihan bandar dan pekan di bawah bidang kuasa majlis,” katanya.

Beliau memberitah­u akan memantau sendiri aspek kebersihan di Selangau dan Stapang pada tahun ini, sementara Timbalanny­a Robert Lau memantau keadaan di Sibu Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia